Dr Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi MARA cabaran besar singkir KP MARA yang bongkak
15:03 Mar 12, 2023  |  By SabahKini2
Dr Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi MARA cabaran besar singkir KP MARA yang bongkak

Dari zaman Kerajaan PN lagi aduan dibuat mengenai Datuk Azhar KP MARA yang bongkak. MARA hancur bawah Azhar. Kerjanya perlekeh arahan Menteri.

Bekas  Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu berkuat kuasa Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang turut memaklumkan beliau sendiri menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi di pejabat kementerian itu, kelmarin.

"(Asyraf Wajdi) telah dilantik, bukan desas desus lagi. Beliau telah dilantik dan saya telah watikahkannya, pada hari Jumaat yang lalu (kelmarin)," jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diminta memberi komen berhubung foto beliau sedang menyampaikan surat pelantikan kepada Asyraf Wajdi yang tular di Twitter.

"Sebab itu bukan berita politik, maka ia adalah sahih," jelasnya.

Ciapan dimuat naik seorang pengguna Twitter semalam mengundang reaksi tidak senang rakyat yang mempertikaikan pelantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

Jawatan Pengerusi MARA sebelum ini disandang Datuk Azizah Mohd Dun daripada Bersatu.

 

 

Kelayakan ‘Orang Politik’ sebagai Pengerusi GLC

Pelantikan Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai orang politik bukanlah satu kesalahan kerana sebelum ini pun jawatan pengerusi itu di isi bekas Timbalan Menteri daripada Bersatu. Ia juga berdasarkan kelayakan akdemiknya yang melayakkan dia sebagai Pengerusi.

Ini juga sebagaimana pelantikan orang politik iaitu Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai Pengerusi Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) bawah Kementerian Komunikasi, Digital Malaysia (KKD) mengumumkan pelantikan sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa 10 Mac lalu.

Muhammad Bakhtiar merupakan bekas Timbalan Menteri Pelancongan (MOTAC) dan kini Ahli Parlimen Balik Pulau yang berkhidmat selama dua penggal.

 

Cabaran besar berdepan Ketua Pengarah Bongkak  dan CEO Dungu

Sabahkini2 telah banyak menulis siri pendedahan di MARA dan Maracorp. Sehingga artikel ini dibuat gesaan agar TPM menukar Ketua Pengarah MARA yang bongkak, Datuk Azhar Manaf Ketua Pengarah MARA yang sangat pro Bersatu atau Perikatan Nasional serta gunting dalam lipatan kepada Kerajaan Perpaduan ini masih belum ditukar.

[ARTIKEL BERKAITAN- TPM perlu tukar KP MARA 'PRO PN', 'Gunting Dalam Lipatan' burukkan Menteri, KKDW dan MARA ]

 

Tunggulah saatnya satu masa Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga akan menjadi mangsa. Sebagaimana mereka mengutuk dan memperlekeh Zahid Hamidi TPM di belakang begitulah mereka akan lakukan kepada Dr Asyraf nanti.

MARA tidak akan maju dan terkongkong dengan pegawai dalaman MARA yang tak pandai kerja hanya pandai membelanjakan wang kepada kroni projek. Semua syarikat MARA sebelum ini rugi. Kejayaan pengurusan syarikat MARA yang kini diketuai MARA Corporation Sdn Bhd adalah tindakan Lembaga Pengarah Maracorp sebelum ini yang menyatukan semua anak syarikat di bawah Maracorp. Keuntungan syarikat dapat ditingkatkan kerugian dapat dikurangkan.

Tapi semua ini akan hancur selagi Datuk Azhar Manaf Ketua Pengarah MARA dan membiarkan pula Group CEO Maracorp ‘dungu’ Datuk Julaine Mohd Salleh bekas Pegawai BERNAS dan UDA yang punya kes gangguan seksual dan salah guna kuasa memimpin Maracorp.

Gaji Group CEO dibayar hampir RM60 ribu tetapi masih gagal mengurus Maracorp. Bayar gaji mahal tapi lantik konsultan membantunya mengurus Maracorp. Untuk apa?

Kerana fakta di depan mata jelas apabila Datuk Azhar sekarang hanya menyelamatkan pegawainya yang sedang didakwa di mahkamah sejak  julai 2022.

Bagaimana Pegawai Undang-undang MARA Iskandar Zainudin selaku Group General Council MARA Corp yang terlibat Bersama CEO MARA Corp dan 3 lagi pegawai meluluskan elaun sendiri tetapi hanya dua yang didakwa di mahkamah.

CEO, Pengarah Kewangan MARA Corp didakwa lulus elaun sendiri RM87,09.75

Malah Datuk Azhar Manaf Ketua Pengarah MARA melantik lagi Iskandar Zainudin Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan sebagai pemangku jawatan Pengarah Bahagian Perundangan MARA bermula 6 oktober 2022 menggantikan Puan Siti Hajar Abd Khalid yang akan bersara 22 Januari 2023.

Mengapa? Hampir RM1 juta elaun mereka curi tetapi Iskandar Zainudin cuba diselamarkan.

Comment