SPRM siasat Fakri Yassin Mahiaddin buru ‘Datuk Roy’ rasuah RM400 ribu
12:03 Mar 13, 2023  |  By SabahKini2
SPRM siasat Fakri Yassin Mahiaddin buru ‘Datuk Roy’ rasuah RM400 ribu

Bukan sahaja 'Datuk Roy' diburu SPRM dan menahan 4 individu kerana meminta RM400 ribu rupanya Fakhri Yassin Mahaiddin disiasat SPRM sebelum ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya bernama Mohd Rasyidi Bin Mohd Said, dua invidu lelaki dan seorang wanita bernama Siti Dalena Binti Berhan, adik Adlan Berhan Menantu Muhyiddin pada Khamis lalu, kerana meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Siti Dalena Berhan sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga lagi dalam reman hingga hari ini.

SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali 'Datuk Roy' atau Mohd Hussein Mohd Nasir, 54 No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, Kuantan, Pahang sebagai dalang dan perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

Mohd Hussein Mohd Nasir sebelum ini pernah dituduh di mahkamah pada 2021 dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan yang dilakukan itu.

Bagaimanapun mesej yang ditularkan berkenaan kes itu ialah siasatan dan tangkapan terhadap Datuk Fakri Yassin bin Mahiaddin anak sulung Tan Sri Muhyiddin yang juga pemilik syarikat Thriven Global Berhad selain Lembaga pengarah Yayasan Charity Golf Tan Sri Muhyiddin bersama Adam Ramlan Adam Muhammad.

 

LAPORAN TANGKAPAN SEPERTI BERIKUT;

SPRM KL telah menangkap 3 Lelaki  dan 1 wanita Melayu Warganegara Malaysia  pada 09.03.2023. Butir-butir OKT adalah seperti berikut:

No. Aduan : WPK/SPRM/RPT NO:015/2023

IO: Ps Mohammad Asyraf Bin Mustafa

    

OKT 1:

Syed Farid Bin Syed Ahmad Al-Attas

Warganegara: Malaysia

No IC: 820115-14-60XX

Jawatan : Berniaga

Tarikh& Waktu tangkap: 09.03.2023@1740HRS

Tempat Tangkapan: Pejabat SPRM KL

 

OKT 2:

Siti Dalena Binti Berhan

Warganegara: Malaysia

No IC: 760716-10-52XX

Jawatan : Berniaga

Tarikh& Waktu tangkap: 09.03.2023@1752HRS

Tempat Tangkapan: Pejabat SPRM KL

 
Syed Farid Bin Syed Ahmad Al-Attas dan Siti Dalena Binti Berhan (Adik Datuk Adlan Berhan)

 

OKT 3:

Mohd Rasyidi Bin Mohd Said

Warganegara: Malaysia

No IC: 800808-14-52XX

Jawatan : Pegawai SPRM

Tarikh& Waktu tangkap: 09.03.2023@1732HRS

Tempat Tangkapan: Pejabat SPRM KL

 

OKT 4:

Muhamad Arif Bin Abdullah

Warganegara: Malaysia

No IC: 950119-14-68XX

Jawatan : Pekerja Swasta

Tarikh& Waktu tangkap: 09.03.2023@1753HRS

Tempat Tangkapan: Pejabat SPRM KL

Seksyen kesalahan: S. 17(a)(A) ASPRM 2009

Ringkasan Kes

Maklumat telah diterima dikatakan pada awal bulan Mac 2023, Dato Syed Farid Bin Syed Ahmad Al- Attas telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM400,000.00 daripada Adlan Berhan sebagai balasan bagi meminta pihak SPRM untuk tidak mengambil tindakan reman ke atas Datuk Fakri Yassin bin Mahiaddin berhubung kes SPRM yang sedang disiasat.

 

1 Comment