Gantung Patung Lelaki Kemaluan Besar Elak Hantu Janda Siam Menyerang
13:03 Mar 04, 2018  |  By SabahKini2
Gantung Patung Lelaki Kemaluan Besar  Elak Hantu Janda Siam Menyerang

Penduduk percaya kampung mereka diganggu hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka bersamanya.

Misteri kemunculan hantu janda jahat yang dilaporkan mengganas di kampung terpencil di Thailand menyebabkan penduduk lelaki yang ketakutan memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur bagi mengelak menjadi mangsa hantu berkenaan.

Menurut sumber, penduduk kampung Nakhon Phanom di timur laut Thailand turut menggantung patung lelaki dengan kemaluan besar di luar rumah yang dipercayai mampu menakutkan hantu berkenaan.

Kampung mempunyai 90 penduduk itu mula diselubungi panik dan ketakutan sejak beberapa minggu lalu selepas lima lelaki muda serta sihat, tiba-tiba meninggal dunia ketika tidur.

Penduduk percaya kampung mereka diganggu hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka bersamanya.

Selepas beberapa kematian, penduduk mula menggantung patung berzakar besar berserta tulisan ‘tiada lelaki di sini’.

Penduduk percaya zakar besar adalah simbol kelelakian dan kekuatan yang menyebabkan hantu itu tertarik dengan patung berkenaan, bukannya manusia.

Kaum wanita yang bimbang memaksa suami mereka memakai pakaian perempuan dan bersolek sebelum tidur bagi menipu hantu berkenaan.

Penduduk mendakwa, ia dianggap berjaya kerana tiada seorangpun lelaki meninggal dunia sejak seminggu lalu.

Penduduk Nong Ayu, 68, berkata, semua orang takut dengan hantu janda itu dan ada khabar angin lelaki di kampung berhampiran turut menerima nasib sama.

“Tiada siapa tahu puncanya dan orang tua di kampung ini bimbang hantu itu akan membunuh remaja lelaki pula. Akhirnya tiada lagi lelaki di kampung ini,” katanya.

Sejak awal bulan ini, lima lelaki yang masih sihat itu ditemui mati tidak lama selepas mandi dan tidur.

Comment