[VIDEO] Zamri AMLA lobi KP SPRM, Mengapa Azam tak siasat kes Zamri terima rasuah RM20 juta?
06:03 Mar 21, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Zamri AMLA lobi KP SPRM, Mengapa Azam tak siasat kes Zamri terima rasuah RM20 juta?

Bukan main Zamri lobi KP SPRM sailang Azam Baki. Kes OPS Tropicana gempur penipuan pelaburan pun dia nak muncul. Geng Korporat tempatan penipu dia tak siasat pula. Bagaimana dengan kes rasuah Zamri RM20 juta kes Projek 'Qatar'?

Nampaknya seorang melobi untuk kekal sebagai Ketua Pesuruhajaya SPRM. Seorang lagi berjawatan Pengarah melobi untuk menjadi KP SPRM.

Tidak pasti siapa kencing siapa. Namun apabila melihat sedutan video SPRM 'AMBUSH' RAJA SCAMMER melibatkan pegawai kanan SPRM seperti ada sesuatu tidak kena.

Nampaknya Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin sudah punya minat baru selain dari menangkap perasuah dan membeku akaun orang politik, kini sudah ke depan berminat dengan sindiket saham atau pelaburan

Operasi Tropicana (Op Tropicana) nampaknya cara pintas untuk popular tunjuk buat kerja. Sindiket penipuan ini sebenarnya kerja polis namun nampaknya Bahagian AMLA SPRM sangat berminat dengannya. Dapat serbu premis bank, pendaftar syarikat, pengurup malah syarikat antarabangsa. Maklumlah sindiket antarabangsa dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia ini bernilai sehingga RM1 bilion.

Sejak OPS Tropicana februari lalu nampaknya menjadi alat baru untuk Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA ini. Hanya melibatkan agensi tertentu seperti Jabatan Imigresen, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

OPS Tropicana itu dijalankan serentak termasuk di tiga pusat panggilan, syarikat dan kediaman ahli sindiket di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa kehadiran pihak polis. Mengapa agaknya penguatkuasa yang sepatutnya menguruskan jenayah komersial ini tidak dibawa sekali?

Mengapa hanya menggunakan unit Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) pasukan elit Jabatan Imigresen yang sepatutnya untuk jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran, pemerdagangan manusia dan sindiket pemalsuan dokumen? Hanya kerana penjenayah melibatkan warga asing maka polis tidak diperlukan?

OPS Tropicana jelas bukan bidang kuasa SPRM untuk menyiasat kerana langsung tidak ada kesalahan dibawah Akta SPRM 2009 namun mengapa Zamri Pengarah AMLA bersungguh? masih banyak kes rasuah dan salahguna kuasa yang Pengarah AMLA perlu siasat, tangkap dan dakwa di mahkamah bukan isu penipuan pelaburan asing. Belum termasuk majoriti kes AMLA Zamri sebagai pegawai utamanyya kalah di mahkamah. 

Penguatkuasa terlibat?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam sidang medianya sebelum ini berkata tidak menolak kemungkinan ada anggota penguat kuasa menerima rasuah bagi melindungi kegiatan jenayah sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang dibongkar menerusi Ops Tropicana.


Siapa penguatkuasa terlibat?

"Ketika serbuan dilakukan tempoh hari, beberapa nama tertentu yang dicatatkan oleh ahli sindiket turut ditemui dipercayai sebagai individu yang memberi perlindungan kepada mereka.

"Siasatan awal juga mendapati, rakyat tempatan yang terbabit dengan sindiket itu turut menyediakan perlindungan keselamatan bagi melindungi anggota sindiket yang rata-ratanya adalah warga negara luar.

Hari ini sebulan berlalu siapa penguatkuasa yang terlibat melindungi sendiket ‘Scammer” seperti yang Azam dan Zamri maksudkan? Tiada tangkapan dan pengumuman baru terhadap dalang penguatkuasa.

Jika benar Azam dan Zamri mahu menangkap pihak yang terlibat dengan penipuan saham dan salah guna kuasa dalam sektor korporat mengapa tak tangkap dakwaan mafia dalam korporat yang kecoh baru-baru ini sebagaimana dakwaan Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin mengenai kumpulan Victor Chin. Syarikat-syarikat itu menggunakan agensi penguatkuasaan seperti SPRM untuk merampas syarikat awam. 

Apakah kerana syarikat yang didakwa terlibat salah guna kuasa atau terkait dengan mafia Victor Chin seperti Caely Holdings Berhad, Revenue Group Berhad, Green Packet Berhad dan lain-lain lagi ada kaitan dengan pegawai SPRM? Mengapa akaun syarikat senarai awam dibekukan oleh SPRM termasuk pendakwaan kes di mahkamah? Scammer di luar negara nampak tapi scammer dalam negara tak nampak!

Kes Rasuah Zamri minta rasuah RM20 juta Projek ‘Qatar’

Awal januari 2023 kecoh di SPRM dakwaan Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA menerima dan meminta rasuah kepada sebuah syarikat berkaitan projek ‘Qatar’ di Johor.

Semua pegawai SPRM termasuk Azam Baki KP SPRM tahu Zamri Zainul meminta rasuah RM20 juta daripada pengadu untuk menyiasat syarikat projek ‘Qatar’. Zamri jenis makan kiri kanan minta pula rasuah dengan Pemilik projek ‘Qatar’ yang ada hubungan dengan istana RM200 juta untuk menutup kes.

Berang dengan ugutan dan siasatan pegawai SPRM itu pemilik projek ‘Qatar’ melaporkan kepada VVIP Istana.

VVIP Istana dilaporkan ‘murka’ dan memanggil Zamri Zainul Abidin berhubung rasuah RM20 juta dari pengadu dan ugutan RM200 juta pemilik projek ‘Qatar’.

Zamri dilaporkan memulangkan semula RM20 juta kepada pengadu di publika sebelum kes  ini di bawa kepada pihak lebih tinggi di SPRM. Bagaimanapun kes ini bocor di kalangan pegawai atasan SPRM.

Kita berharap VVIP Istana itu tampil melaporkan kepada SPRM insiden penglibatan pengawai kanan SPRM meminta rasuah sehingga RM20 juta ke RM200 juta itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat Zamri Pengarah AMLA SPRM terima rasuah RM20 juta, 'pau' pemilik Projek 'Qatar' RM200 juta 

SPRM siasat Zamri Pengarah AMLA SPRM terima rasuah RM20 juta, 'pau' pemilik Projek 'Qatar' RM200 juta

Kes Zamri meminta rasuah dari syarikat Projek ‘Qatar’ ini memalukan negara kerana melibatkan pelabur luar.

Mengapa Azam Baki tak ambil tindakan terhadap Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA?

Mengapa Zamri sibuk nak tangkap sindiket penipu pelaburan saham berjuta ringgit? Kes itu kes polis serah kepada jenayah komersial lah.

Jawapannya lobi Ketua Pesuruhjaya SPRM. Azam Baki mahu disambung lebih lama, Zamri pula mau ‘sailang’ bosnya Azam berangan jadi KP SPRM.

Percayalah hancur SPRM jika mendapat KP SPRM seperti Zamri Zainul Abidin ini. Jadi Pengarah AMLA beliau telah menjual SPRM apatah lagi jika menjadi KP SPRM.

Sejauh mana Azam Baki meneruskan pendakwaan kes terhadap pemimpin Perikatan Nasional akan teruji bulan ini. Ada banyak kes rasuah dan salah guna kuasa pemimpin PN. Pemimpin PN mencuci wang derma syarikat ke dalam akaun Bersatu. Jadi sama-sama lihat keberanian Azam Baki.

 

 

3 Comments