Presiden dan Naib Presiden Warisan arah bunuh atau sembunyikan Peguam Michael P Ubu yang hilang?
09:03 Mar 04, 2018  |  By SabahKini2
Presiden dan Naib Presiden Warisan arah bunuh atau sembunyikan Peguam Michael P Ubu yang hilang?

Sibuk Parti Warisan mengenai Kapal Layar milik Jho Low tapi Peguam warisan iaitu Michael P.Ubu yang mencuri wang RM15.5 juta hasil salahguna kuasa Shafie masih hilang. Di mana Shafie dan Peter sembunyikan Michael?

KOTA KINABALU: Dalam kesibukan Parti Warisan berkempen menggunakan isu kapal mewah yang dikaitkan Jho Low mereka lupa mengenai isu kehilangan peguam KDM yang juga peguam Shafie Apdal dan Peter Anthony dalam kes rasuah RISDA berhubung pembelian tanah adat RM155.4 juta di Tongod yang kini disahkan SPRM kertasnya pendakwaan telah dihantar kepada Peguam Negara.

Secara lisannya Peguam Negara bersetuju dengan pendakwaan kes salah guna kuasa dan rompakan wang pendahuluan RISDA RM15.5 juta oleh Michael P Ubu, Peter Anthony dan Shafie Apdal. Dijangka pendakwaan kes ini akan berlaku Mac ini bergantung kepada laporan lengkap pejabat Peguam Negara.

Menurut sumber sama ada Michael Ubu dibunuh atau disembunyikan oleh Shafie dan Peter Anthony di luar negara ia tidak menghalang kes ini akan didakwa di mahkamah. Bukti-bukti ‘money trail’ wang RM15.5 juta itu juga telah dijejak SPRM.

Sabahkini2 sebelum ini pada 20 Februari melaporkan mengenai “The Money Trail” wang RM 15.5 juta itu yang telah disalur kepada Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014.

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat ‘Budiman’ (pemilik syarikat ini akan dihuraikan selepas ini) iaitu syarikat yang dimiliki oleh Datuk Peter Anthony atas nama staffnya dalam syarikat. 

Penama syarikat Budiman ini telah disiasat dan memberi keterangan serta membuat pengakuan syarikat itu milik Datuk Peter Anthony, Naib Presiden Parti Warisan.

Pada tahun yang sama Syarikat ‘Budiman’ memindahkan pula wang RM12.9 juta itu kepada 4 pihak iaitu ‘Mr W’, Peter Anthony sendiri, ‘Mr X’ dan pembelian kenderaan mewah di ‘Auto Car Dealer’.

Baki RM 2.6 juta pula masih dalam akaun peguam Michael P Ubu. Habuan dari RM12.9 juta ini turut disalurkan Peter kepada Shafie Apdal dan juga peguam.

Michael Ubu dikesan hilang sejak tahun lalu selepas ura-ura siasatan SPRM. Sumber mendedahkan Dato’ Seri Shafie Apdal dan Peter Anthony meminta Michael Ubu melarikan diri. Ini kerana semua dokumen dan bukti akaun jelas menunjukkan berlaku salah laku rasuah serta salah guna kuasa.

Ketua Pengarah dan Pengerusi RISDA juga telah dipanggil untuk memberi keterangan yang membuktikan Shafie mengarahkan wang amanah RM15.5 juta yang dibayar kepada firma guaman Michael Ubu & Co dikeluarkan walaupun urusan jualan tanah itu belum selesai.

Kehilangan Michael Ubu membuktikan Peter Anthony dan Shafie Apdal takut kepada siasatan dan pendedahan kes. Jika benar Shafie dan Peter benar tidak bersalah mengapa mereka mengarahkan peguam Michael Ubu lari atau menyembunyikannya?

Michael Ubu, Peter dan Shafie perlu membersihkan nama mereka bertiga. Apakah Michale Ubu telah di simen oleh Peter? Jika tidak dibunuh di manakah Shafie dan Peter sembunyikan Michael Ubu dengan beberapa juta baki wang yang disimpan Michael Ubu? Polis perlu menyiasat kehilangan Peguam Michael P Ubu. Keluarga Michael P Ubu juga perlul tampil ke depan.

Shafie Apdal pula selaku Menteri KKLW ketika itu boleh didakwa dibawah Seksyen 23 salah guna kuasa kerana membenarkan sekutunya Peter Anthony untuk mengeluarkan wang pendahuluan RM15.5juta itu dari Firma Guaman Michael Ubu & Co.

 

 

48 Comments