BICAM, BANI dan IMAC jalin kerjasama
15:03 Mar 23, 2023  |  By SabahKini2
BICAM, BANI dan IMAC jalin kerjasama

Majlis menandatangani MoU itu dilakukan oleh Chin Yuen Fong mewakili BICAM, Pengerusi BANI, Anangga W Roosdiono dan Pengerusi IMAC, N Krisnawenda.

KOTA KINABALU: Pusat Timbang Tara Antarabangsa Borneo (BICAM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Badan Arbitrase Nasional Indonesia (BANI) dan pusat Pengantaraan Timbang Tara Antarabangsa (IMAC) pada 15 Mac lalu di Jakarta.

Majlis menandatangani MoU itu dilakukan oleh Chin Yuen Fong mewakili BICAM, Pengerusi BANI, Anangga W Roosdiono dan Pengerusi IMAC, N Krisnawenda.       

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Roland Chia dan Presiden Persatuan Undang-undang Sabah, Roger Chin menyaksikan majlis tersebut.  

Roland berkata, BICAM ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan timbang tara dan pengantaraan yang berkualiti, selain menjimatkan kos.

Katanya, perkhidmatan BICAM meliputi hampir seluruh dunia terutamanya ke rantau ini termasuk Nusantara dan BIMP-EAGA.

“BICAM dibiayai oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan menyediakan perkhidmatan komersial antarabangsa.

“Ia adalah yang pertama ditubuhkan dengan sokongan dan pembiayaan daripada kerajaan negeri dalam menggalakkan FDI,” katanya.

Roland berkata, MoU ini adalah yang pertama dimeterai oleh BICAM dengan memberi penekanan kepada kepentingan BANI dan IMAC.

“Kita berharap melalui MoU ini, BICAM akan dapat menyediakan perkhidmatan yang disegani di seluruh dunia,” katanya.

Comment