Naik taraf jalan dan bekalan air perlu dilaksana segera
13:03 Mar 24, 2023  |  By SabahKini2
Naik taraf jalan dan bekalan air perlu dilaksana segera

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia penting kerana isu-isu seumpamanya sememangnya memberikan kesan terhadap keselamatan dan kebajikan pengguna.

KOTA KINABALU: Usaha naik taraf, selenggara kemudahan seperti jalan raya dan bekalan air perlu dilaksanakan segera tanpa sebarang kelewatan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia penting kerana isu-isu seumpamanya sememangnya memberikan kesan terhadap keselamatan dan kebajikan pengguna.

"Oleh itu, isu naik taraf dan penyelenggaraan jalan raya serta bekalan air perlu ditangani segera, jangan lagi ada sebarang kelewatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya di pejabatnya hari ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Masidi dan Shahelmey berbincang beberapa perkara berkaitan permasalahan orang awam termasuk penyelenggaraan serta naik taraf jalan rata, bekalan air dan banyak lagi.

"Saya mencadangkan jabatan dan agensi berkaitan yang terlibat dalam penyelenggaraan serta membaiki sebarang kemudahan awam seperti jalan raya dan bekalan air perlu laksana tugas dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Comment