Kerajaan Negeri terima RM 100,000 sumbangan Ramadan dari Jetama
15:04 Apr 03, 2023  |  By SabahKini2
Kerajaan Negeri terima RM 100,000 sumbangan Ramadan dari Jetama

Sumbangan yang akan diagihkan kepada pelbagai organisasi itu diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya.

KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan RM100,000 Sumbangan Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jetama Datuk Yussof Abd Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma.

Sumbangan yang akan diagihkan kepada pelbagai organisasi itu diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya.

Sebelum ini, Ketua Menteri turut membincangkan isu mengenai bekalan air. Jetama telah berkonsesi untuk mengendalikan pengagihan bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993

Turut hadir Timbalan Pengerusi Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar Lo Ho Min.

 

Comment