SPRM siasat KSU KPDN luluskan subsidi minyak masak, siapa pegawai bakal jadi kambing hitam?
10:04 Apr 17, 2023  |  By SabahKini2
SPRM siasat KSU KPDN luluskan subsidi minyak masak, siapa pegawai bakal jadi kambing hitam?

KSU KPDN kata dia dipanggil untuk beri keterangan bukan disiasat. Hakikatnya kelulusan subsidi minyak masak adalah KSU. Sama ada dipanggil atau siasat KSU yang bertanggungjawab wajar disiasat. Agaknya siapa Pegawai kambing hitam selepas ini?

Rasuah dan salahgunakuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak pernah berhenti khususnya melibatkan para pegawai berkaitan pemberian subsidi.

Ketua Setiausaha Kementerian dipanggil SPRM juga bukanlah baru. Sama ada dipanggil SPRM, beri keterangan  atau disiasat SPRM isu pokoknya tetap sama ‘Siasatan SPRM’ terhadap pegawai kementerian khususnya kuasa KSU.

Ini kerana kuasa Akta Kontrak 1949 dan penurunan kuasa kementerian ialah kuasa Menteri dan selepas itu Ketua Setiausaha Kementerian.

Begitulah yang berlaku kepada KSU MOTAC (Pelancongan) dan MOT (Pengangkutan) Datuk Isham Ishak yang disiasat SPRM berhubung pemberian projek dan tuntutan bayaran kontraktor yang ditandatangani oleh KSU.Siasatan kes beliau kecoh dalam tahun 2019 semasa MOTAC dan tahun 2021 di MOT. Setkat ini Isham Ishak satu-satunya KSU yang disiasat SPRM bertahan walaupun berpindah ke beberapa kementerian termasuk kembali ke MITI.

[ARTIKEL BERKAITAN-  

Dulu di MOTAC disiasat SPRM kini di MOT KSU buat 'Runding Terus KTMB' untuk kroni?

KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta!

 

Dulu di MOTAC disiasat SPRM  kini di MOT KSU buat 'Runding Terus KTMB' untuk kroni?


Siasatan terhadap KSU KPDN

Oleh itu apa nak hairan dengan siasatan terhadap Azman Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dilantik Mac 2022 itu?

Walaupun baru setahun menjadi KSU tidak bermakna SPRM tidak boleh memanggil atau menyiasat KSU kerana kes berlaku mungkin dalam tahun dia berkuasa sebagai KSU.

Ini termasuk kes anak Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang didakwa di mahkamah  berhubung minyak masak subsidi  baru-baru ini.

Azman sendiri mengesahkan dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung proses pengagihan minyak masak subsidi pada tahun lalu itu.

KSU sudah tentu disiasat kerana kuasa menandatangani kelulusan minyak subsidi tu adalah kuasa KSU. Jadi tak timbul isu bukan disiasat atau beri keterangan. Siasatan berlaku kerana terdapat ketirisan minyak subsidi yang diluluskannya kepada syarikat yang tak layak.

Dakwaan portal tempatan berhubung dakwaan beliau sebagai KSU berbelanja melebihi nilai RM9 juta, bagi tambahan kuota subsidi minyak masak pada tahun lepas sudah pasti sangat berasas untuk disiasat.

Hanya KSU berkuasa meluluskan kuota tambahan minyak masak paket bersubsidi atas memastikan bekalan mencukupi di pasaran. Siapa syarikat diberi itu juga kuasa KSU dan jika portal tertentu mendapat senarai sulit itu maka nasib KSUlah jika menjadi bahan serangan.

Isunya jika salah siapa pegawai yang boleh jadi kambing hitam? KSU atau pegawai bawahannya? KSU sudah pasti tahu siapa boleh dimangsakannya. Tak mungkin KSU menerima kesalahan pegawainya

“Memang sudah dipanggil tahun lepas lagi dan ia bukannya dipanggil satu kes. Sebaliknya, dipanggil hanya untuk SPRM mendapatkan keterangan tentang proses yang berlaku berkaitan pengagihan minyak masak bersubsidi.

“Saya tak tahu mengapa berita mengenai isu ini dikeluarkan kembali, sedangkan berdasarkan bacaan saya, seolah-olah ada butiran dalam laporan berita itu tidak sepatutnya keluar kerana di peringkat rahsia, memandangkan itu maklumat berkait dengan siasatan yang dari situ juga mungkin berlakunya ketirisan,” katanya

Azman KSU kena hadaplah atau cari segera pegawai suruhannya yang menguruskan subsidi minyak masak yang boleh disumbat ke dalam SPRM.

 

1 Comment