PM hadir Majlis Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah
17:04 Apr 30, 2023  |  By SabahKini2
PM hadir Majlis Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni. 

Sebaik tiba kira-kira jam 11.20 pagi, Anwar yang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sempat meluangkan masa untuk bersalaman dengan pengunjung yang hadir di perkarangan Jesselton Square SICC selama hampir 10 hingga 15 minit.

Sejurus selepas itu, beliau bersama Hajiji mengiringi Tun Juhar untuk menghadiri majlis rumah terbuka di dewan utama SICC.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan persembahan hiburan yang disampaikan artis tempatan negeri ini. 

Majlis itu dihadiri lebih 20,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran.

Pengunjung yang hadir turut dihidangkan dengan pelbagai makanan dan minuman yang disediakan dari 55 pembekal makanan. – SM

Comment