Kedudukan Anwar PM10, Kerajaan Perpaduan lebih penting, mengapa persoal Ahli Parlimen Kalabakan sekarang?
11:05 May 09, 2023  |  By SabahKini2
Kedudukan Anwar PM10, Kerajaan Perpaduan lebih penting, mengapa persoal Ahli Parlimen Kalabakan sekarang?

Sejak awal Hajiji mendapat sokongan lebih 44 Adun sebagai Ketua Menteri Andy Suryady sudah menyokong Hajiji Ketua Menteri sehingga dilantik Pembantu Menteri. Mengapa UMNO Kalabakan persoal sekarang? Andy masih Ahli Parlimen BN tentukan kerusi Kerajaan

Bukan rahsia dan bukan baharu Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mesra GRS atau menyertai kumpulan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmy Yahya sehingga dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.

Andy juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu antara lebih 44 Adun yang menyokong Hajiji Ketua Menteri sebelum ini. Jika tidak mana mungkin Andy dilantik pembantu menteri. 

Jadi mengapa pula Bahagian UMNO Kalabakan kecoh dan mempersoalkan kedudukan Andy sekarang? Tidak timbul didakwa lebih mesra dan cenderung kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Sabah). Tidak ada isu juga kerana Barisan Nasional mewujudkan jawatankuasa Kerajaan Perpaduan dan melantik Datuk Yakub Khan sebagai Pengerusinya.

Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy setakat ini hadir Lembaga Disipilin UMNO dan sehingga kini tidak digantung memandangkan beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kalabakan yang melengkapkan jumlah kerusi Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke 10.

Selagi Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy masih Ahli Parlimen Kalabakan BN maka tidak timbul spekulasi dan khabar angin Andy menyertai parti yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru kenyataan Ketua Pemuda Muhammad Alias Udin menyeru Suryady yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian supaya menyatakan pendiriannya berhubung status keahliannya dalam UMNO tidak relevan buat masa ini.

Kedudukan Anwar Ibrahim PM 10 lebih penting dari isu-isu antara BN dan Parti Gagasan Rakyat Sabah yang telah dianggap selesai.

 

Suryady sendiri mengesahkan beliau masih lagi ahli UMNO Bahagian itu.

Ketua Pemuda Kalabakan mempersoalkan isu logo dalam program walaupun ianya bukanlah isu penting kerana semua tahu kedudukan kerajaan hari ini.

Sebagaimana isu Shahelmy Ahli Parlimen Putatan, kedudukan Andy Suryady menyentuh jumlah kerusi Kerajaan Perpaduan PH-BN hari ini.

Pemuda UMNO Kalabakan yang sangat kecewa itu sepatutnya mempersoalkan Langkah salah UMNO Negeri Sabah sebelum ini yang melakukan Langkah ‘Pai Ulung’ melakukan cubaan menggulingkan Ketua Menteri Sabah yang akhirnya menjejaskan kedudukan UMNO BN Sabah itu sendiri.

Apa tindakan pucuk pimpinan UMNO negeri dan Pusat  bolleh ambil sekarang? Ia melibatkan kerusi Parlimen bukan Adun semata. Kerusi Adun tidak tertakluk kepada isu lompat parti tetapi kerusi parlimen ia melibatkan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai PM dan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pada pemilihan UMNO lalu, Suryady tidak bertanding untuk mempertahankan kedudukan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kalabakan dengan alasan mahu memberi tumpuan kepada tugas rasmi sebagai Ahli Parlimen dan ADUN, selain memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui bahagian berkenaan.

UMNO Bahagian Kalabakan itu kini diterajui oleh Samasuddin Yusop seorang Ahli perniagaan yang juga bekas Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS.

Pada Mac lalu, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmy Yahya digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun selepas dikatakan membelakangkan keputusan parti dengan tidak menyokong keputusan UMNO Sabah mengguling Hajiji sebelum ini. Bagaimanapun kedudukan Andy masih kekal sehingga kini.

Baru-baru ini Zahid Hamidi Presiden UMNO menggesa UMNO dan BN Sabah terus kekal menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri. Bagaimanapun UMNO Sabah dan Warisan mengumumkan mengadakan Kerjasama dalam PRN akan datang.

Comment