Cubaan seludup barang kawalan ke negara jiran digagalkan PPM
15:05 May 12, 2023  |  By SabahKini2
Cubaan seludup barang kawalan ke negara jiran digagalkan PPM

Hasil pemeriksaan mendapati terhadap bot saspek menemukan 14 tong berisi minyak petrol berjumlah 490 liter, 18 tong berisi minyak diesel berjumlah 630 liter dan tiga tong LPG.

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran dalam Op Taring Landai di perairan Kudat di sini.

Menurut sumber, Op Taring Landai dijalankan oleh PPM Kudat kira-kira jam 3:30 petang sebelum mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot dikendalikan oleh seorang lelaki tempatan berumur 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bot saspek menemukan 14 tong berisi minyak petrol berjumlah 490 liter, 18 tong berisi minyak diesel berjumlah 630 liter dan tiga tong LPG,” katanya.

Beliau berkata kesemua nilai rampasan bot dan barang kawalan dianggarkan sebanyak RM53,249.

Sementara itu Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan. 

Katanya suspek dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Kudat untuk tindakan lanjut.

Comment