Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM
10:05 May 18, 2023  |  By SabahKini2
Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM

3 Mei lalu Datuk Lo Fui Ming dan Bahvest Resources disaman RM20.4 juta oleh Southsea Gold Sdn Bhd syarikat pajakan perlombongan. 17 Mei SPRM reman Lo Fui Ming & 5 lagi kerana tipu Kerajaan Sabah jualan emas RM25 juta. Gaduh punya pasal akhirnya terdedah

Enam individu termasuk Datuk Lo Fui Ming, CEO/Pengarah Urusan Syarikat Bahvest Resources Berhad, Lo Teck Yong (Pengarah Eksekutif), Mr. Chong Khing Chung (CFO), Shahrol Azuan (COO), Brando Pang Tze Ching (Penolong Pengurus) dan seorang wanita lagi ditahan reman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan terhadap deklarasi penjualan hasil perlombongan emas bernilai RM25 juta.

Syarikat Bahvest Resources Berhad merupakan syarikat yang menjalankan kerja-kerja melombong emas di Bukit Mandri Balung Kokos  Tawau

Semua suspek ditahan di pejabat SPRM Tawau, tengah malam semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman tiga hari bermula rabu (17 Mei) hingga Jumaat (19 Mei) ini dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu ke atas semua suspek selepas membenarkan permohonan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat Pegawai Pendakwa SPRM, Asmawi Kulup Lam, di Mahkamah Majistret Tawau, di sini

Perkara ini turut dimaklumkan dalam Bursa Malaysia 17 Mei 2023

Difahamkan, Datuk Lo Fui Ming dan semua suspek syarikat senarai awam itu dengan curangnya disyaki memperdaya Kerajaan Sabah dengan mengemukakan penyata penjualan emas yang mempunyai butiran palsu.

Perbuatan itu dilakukan dipercayai untuk mengelak dan membayar royalti emas sebenar kepada Kerajaan Sabah terhadap hasil emas yang dilombong di Bukit Mantri, Tawau


Datuk Lo Fui Ming terkenal menipu di Sabah

Difahamkan sebanyak 100 kilogram emas membabitkan nilai RM25 juta yang tidak dilaporkan penghasilannya dan sepatutnya menyumbang pembayaran royalti berjumlah RM1.25 juta kepada Kerajaan Sabah bagi tempoh bermula 2020 hingga 2022.

Penipuan dibuat melalui pakatan membabitkan dua syarikat yang mana semua suspek mempunyai kepentingan di dalamnya.

3 Mei lalu Datuk Lo Fui Ming dan Bahvest Resources Bhd berhadapan dengan tuntutan RM20.4 juta di atas dakwaan menduduki secara salah dan menceroboh tanah pajakan perlombongan Southsea Gold Sdn Bhd. Datuk Lo Fui Ming memiliki 16.09% kepentingan dalam Bahvest dan juga memiliki Southsea Gold sebanyak 75%.

Anak syarikat Bahvest, Wullersdorf Resources Sdn Bhd telah menjalankan operasi melombong emas di sebidang tanah di Tawau, Sabah sejak 2017, yang merupakan tanah subpajakan dalam tanah pajakan perlombongan yang lebih besar milik Southsea Gold.

Dalam surat tuntutan tersebut dinyatakan bahawa SouthSea Gold hanya bertanggungjawab untuk menyediakan hak laluan dan kemudahan bagi membenarkan Wullersdorf melalui tanah pajakan perlombongan Southsea Gold untuk mengakses tanah subpajakan Wullersdorf.

Di samping itu, Southsea Gold telah menuntut Wullersdorf mengalihkan semua strukturnya iaitu loji penghancur, kilang, kem pekerja dan semua struktur lain yang telah menduduki tanah pajakan perlombongan secara salah, kata Bahvest dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

Menurut Bahvest, tuntutan ini mempunyai kesan material terhadap perniagaan, keadaan kewangan dan/atau prospek syarikat.

Kemelut syarikat ini akhirnya mendedahkan penipuan Datuk Lo Fui Ming Bahvest Resources Berhad. Laporan kepada SPRM telah menemukan penipuan itu dan simpanan emas Datuk Lo Fui Ming dan syarikatnya.

 

Comment