SPRM digesa siasat Shahul CEO HRD Corp salahgunakuasa Projek Skill Passport RM159.4 juta kepada syarikat kroni dari India
07:05 May 25, 2023  |  By SabahKini2
SPRM digesa siasat Shahul CEO HRD Corp salahgunakuasa Projek Skill Passport RM159.4 juta kepada syarikat kroni dari India

Lagi salah gunakuasa Shahul CEO HRD Corp. Kali ini cuba luluskan Projek Skill Passport RM159.4 juta setahun (3 Kali kemaskini) untuk 4,429,731 pekerja berdaftar kepada syarikat kroni dari India Neomindz Sdn Bhd

Kerajaan sudah bertukar. Menteri Sumber Manusia  bukan lagi Saravanan MIC. Tetapi CEO HRD Corp Datuk Shahul Hameed Dawood masih kekal sebagai CEO.

Persoalannya mengapa Datuk Shahul Hameed Dawood kaki rasuah ini belum dibuang dari HRD Corp? Kerajaan Perpaduan sepatutnya telah menyingkirkan Shahul Hameed ini.

Dari isu memerah duit projek pekerja asing melalui Bestinet, sapu dana HRD Corp, RM100 juta tuntutan palsu dana insentif Program Penjana Kerjaya, naikkan gaji CEO dan banyak lagi isu kontroversi di Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berpunca daripada Saravanan dan Shahul Hameed.

Isu pekerja asing: Mengapa Saravanan Menteri KSM pertahan Taikun Bangladesh pemilik Bestinet?

Tiada siapa boleh pertikai hubungan baik Shahul Hameed bapa perasuah pembekal pekerja asing Bangladesh Dato' Sri Aminul Islam bin Abdul Nor pengasas Syarikat Bestinet Sdn Bhd untuk Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang kontroversi.

Ogos 2022  enam individu termasuk ketua pegawai eksekutif Bestinet Ismail Mohd Noor direman tiga hari bagi siasatan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah antara RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing iaitu 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022.

Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM

Isu rasuah terbaru melibatkan 5 pegawai Menteri V.Sivakumar yang digantung kerja adalah kesinambungan pegawai ‘orang dalam’ yang berkait rapat CEO HRD Corp dan Perkeso.

Persoalan besar ialah bagaimana sekian lama Saravanan  melindungi Shahul Hameed, Dato' Sri Aminul Isla Abdul Nor, Syarikat Bestinet Sdn Bhd dan CEO Perkeso daripada SPRM. Isu ini berpanjangan sekalipun Menteri baru daripada DAP V.Sivakumar.

Berikut merupakan isu berkaitan yang didedahkan mengenai Datuk Shahul Hameed Dawood CEO HRD Corp, Bestinet dan Saravanan sebelum ini;

14 Feb 2022: - Dato' Sri Aminul, Bestinet saman Malaysiakini, penulis artikel sindiket pekerja Bangladesh

16 Julai 2022:- Isu pekerja asing: Mengapa Saravanan Menteri KSM pertahan Taikun Bangladesh pemilik Bestinet?

20 Julai 2022: - CEO HRD Corp Shahul Hameed ‘Kaki Pau’ naik gaji RM64,300.00!

4 Ogos 2022: - Rasuah ejen RM1500 'Satu kepala', 345,861 kuota pekerja asing, CEO Bestinet direman SPRM

21 Dis 2022:- Kes rasuah Bestinet, HRD Corp, seleweng Penjana Kerjaya RM100 juta bila SPRM heret Saravanan MIC, Shahul Hameed?

 

CUBAAN REMBAT RM159.4 JUTA SETAHUN- PROJEK SKILL PASSPORT

Terbaru kontroversi Datuk Shahul Hameed Dawood CEO HRD Corp ialah cubaan meluluskan Projek Skill Passport kepada Syarikat Neomindz Sdn Bhd milik Gobi Ramasamy dan 50% lagi Jayamohan Parameswaran Madhusoodhenen daripada India (Passport Z 4928810).

 

Pendedahan surat oleh Datuk Rosli Yaakub Ahli Lembaga Pengarah wakil MOF mengenai Projek Skill Passport ini jelas terdapat salah guna kuasa daripada Datuk Shahul Hameed Dawood, pengurusan HRD Corp dan beberapa BOD yang bersekongkol untuk cubaan merembat RM53,156,772 daripada 4,429,731 pekerja yang berdaftar dengan HRD Corp. 3 kali kemas kini setahun RM 159,470,316 setahun.

Datuk Shahul Hameed Dawood nampaknya sangat tergesa-gesa melakukan cubaan meluluskan projek kepada kroninya daripada negara India yang boleh memberi risiko pendedahan data dan rahsia profile pekerja Malaysia kepada pihak asing.

 

 

Daripada pendedahan surat Datuk Rosli itu jelas Datuk Shahul Hameed Dawood salah gunakuasa dan SPRM digesa menyiasat Shahul dan budak-budaknya di HRD Corp. 

1 Comment