Adun Inanam Roland Chia Ketuai Gerakan Gulingkan Christina Liew
18:03 Mar 06, 2018  |  By SabahKini2
Adun Inanam Roland Chia Ketuai Gerakan Gulingkan Christina Liew

PKR Sabah bergolak

Benarkan Christina Pengerusi MPN Sabah mempunyai sokongan daripada Ketua-ketua cabang PKR Sabah? Nampaknya Ketua Cabang Pensiangan terpaksa membuat sokongan kepada Christina

KUALA LUMPUR – Susulan terdedahnya usaha ketua-ketua cabang PKR mahu menjatuhkan Christina Liew sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah, Ketua Cabang PKR P.182 Pensiangan Raymond Ahuar dalam kenyataan medianya berkata usaha menjatuhkan Christina adalah dakwaan yang tidak masuk akal.

"Kita memang ada perbezaan pendapat tetapi saya amat yakin bahawa Ketua-ketua Cabang PKR Sabah lebih bijak dari mereka yang kurang cerdik ingin mengguling Pengerusi negeri dan memecah-belahkan parti’. katanya

Raymond mendakwa laporan portal Sabahkini2.com adalah palsu namun tidak menjawab mengenai terdedahnya kumpulan whatapps AJK Keadilan yang mahu menyingkirkan Christina Liew yang gagal sebagai Pengerusi dan lebih pro DAP sehingga sanggup membiarkan kawasan luar bandar diserah kepada DAP.

Ketua Cabang PKR itu menyeru rakan-rakan Ketua Cabang serta Ahli Majlis Pimpinan Negeri supaya fokus kepada memperkukuhkan parti bukan untuk kepentingan diri.

“Tidak dinafikan semua parti politik yang ada di negara ini, bahkan di seluruh dunia pasti ada perbezaan pendapat. Ia sebenarnya baik namun harus tahu medium untuk membincangkan ketidak puas hati”. Katanya

Katanya ketua-ketua cabang perlu melihat kepada sejarah penubuhan PKR ketika mula-mula memasuki gelanggang Pilihanraya. Rakan-rakan daripada DAP dan PAS amat berjiwa besar memberi laluan kepada PKR sehingga menjadi parti pembangkang paling gagah pada hari ini.

Kenyataan beliau memperakukan bahawa PKR perlu bertolak ansur untuk memberi kerusi PKR kepada rakan-rakan Pakatan Harapan menyokong usaha Christina Liew yang bakal menyerahkan kerusi PKR kepada DAP dan Warisan.

Sebelum ini pemimpin PKR dalam kumpulan aplikasi whatapps menyeru Ketua Cabang PKR menyingkirkan Christina Liew

“Ketua-ketua cabang wajib berbuat sesuatu menyingkirkan Ketua Christina Liew Pengerusi MPN Sabah. Segera..Jangan sampai PKR berputih mata, biar hilang seorang jangan hilang keyakinan ahli PKR”.

Raymond Ahuar Ketua Cabang PKR Pensiangan adalah antara penyokong kuat Christina Liew dalam PKR. Pasukan Christina dikatakan lebih pro DAP. Jadi tidak hairan jika pujian "DAP berjiwa besar memberi laluan kepada PKR" itu menjadi sandaran kerjasama PKR dalam Pakatan Harapan.

Team PKR Christina pro DAP bertemu dengan Muhyiddin Yasin Presiden PPBM

Desas-desus kepimpinan dalaman PKR berkata Christina Liew tidak mempunyai kepimpinan yang kuat dalam PKR serta menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Antara pemimpin paling lantang menentang Christina ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Dr Roland Chia Ming Shen kesayangan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Dr Roland Chia Ming Shen pernah meletak jawatan PKR dan kemudian melakukan U-turn selepas dipujuk Azmin Ali. Kini beliau dikatakan bakal menentang Christina Liew sebagai Pengerusi MPN. Katanya akan ada sesuatu yang besar dalam PKR akan berlaku sebelum PRU ke 14 ini. 

 

1 Comment