Menara KL: Menteri KKD berkuasa batal Hydroshoppe yang bayar rasuah kepada Tan Sri Annuar Musa, Datuk Marcus
09:05 May 26, 2023  |  By SabahKini2
Menara KL: Menteri KKD berkuasa batal Hydroshoppe yang bayar rasuah kepada Tan Sri Annuar Musa, Datuk Marcus

SPRM telah buat pertuduhan rasuah buat Datuk Abdul Hamid Shaikh, Datuk Tan Ser Lay @Marcus & Syarikat Hydroshoppe. Terbukti anak syarikat TM Berhad, Menara KL Sdn Bhd dijual secara haram kepada Syarikat bermasalah Hydroshoppe secara rasuah tanpa kelulusan

Kemuncak isu skandal penjualan syarikat konsesi Menara KL akhirnya terjawab selepas Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen 5 april lalu atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Pertuduhan itu juga mengesahkan bahawa Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan melalui Datuk Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Tan Sri Annuar Musa Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan sekitar Julai dan Ogos 2022 di Putrajaya

[ARTIKEL BERKAITAN - Menara KL: Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa beri rasuah RM7.5 juta kepada Annuar Musa ]

Menara KL: Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa beri rasuah RM7.5 juta kepada Annuar Musa

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Syarikat Hydroshoppe juga didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan itu kepada Tan, seorang ahli perniagaan, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat dan pada tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana lebih tinggi, atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 
Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh penipu


Hubungan Datuk Tan Ser Lay dengan Tan Sri Annuar Musa

Datuk Tan Ser Lay pula merupakan Ahli Lembaga Pengarah MyCreative Ventures (agensi KKMM) proksi perniagaan Tan Sri Annuar Musa. Ada pihak kalangan kontraktor pernah berurusan dengan Marcus atau Tan Ser Lay orang tengah Annuar Musa bagi kutipan komisen, rasuah dan pengumpul jam tangan mewah untuk Tan Sri Annuar Musa.

Oleh itu siasatan dan penahanan reman, Datuk Tan Ser Lay BOD MyCreative Ventures itu sebelum ini tidaklah menghairankan.

Datuk Marcus @ Tan Ser Lay tidak lagi menjadi BOD. Digugurkan selepas kecoh isu rasuah Menara KL

Terdapat sumber dokumen mengesahkan Tan Sri Annuar Musa yang meluluskan penjualan saham anak syarikat TM Berhad, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada syarikat kecil Hydroshoppe Sdn Bhd milik Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh. Lantaran itu SPRM berani membuat pertuduhan kepada Datuk Tan Ser Lay dan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.

Persoalannya apakah Marcus @ Datuk Tan Ser Lay mampu bertahan sebagai ‘kambing hitam’ menerima rasuah bagi pihak Tan Sri Annuar Musa? Sejauh mana Tan Ser Lay sanggup atau mungkin akan U-Turn di kemudian hari?

 

Apa status konsesi Menara KL?

Memandangkan konsesi Menara KL itu diberikan kepada TM Berhad dan tamat serta perlu dipulangkan kepada kerajaan semula (Kementerian Komunikasi dan Digital) bermakna KKD dan UKAS perlu melantik konsesi baharu untuk menguruskan Menara KL itu.

TM Berhad mengendalikan Menara KL melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. Bagaimanapun menjadi persoalan besar bagaimana TM Berhad boleh melupuskan syarikat itu kepada syarikat kecil bermasalah  Hydroshoppe Sdn Bhd tanpa kebenaran kerajaan.

Apatah lagi 10 juta saham syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd milik TM Berhad itu dijual di bawah harga pasaran iaitu RM3.8 juta kepada syarikat hampir dilupuskan SSM dan tiada pendapatan tetapi boleh membeli syarikat besar seperti Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. 'kabel besar' dan misteri ini terjawab selepas pertuduhan Datuk Tan Ser Lay dan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.

Semuanya kerana rasuah!

Pada 29 Disember 2022 ketika kes ini meletup TM Berhad sendiri dalam satu kenyataan media mengaku memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi dan menyerahkan kerajaan Proses memilih pemegang konsesi baru.

“Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap perubahan sifat perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM memutuskan pada Oktober 2021 untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan telah memaklumkan kerajaan dengan sewajarnya," kata syarikat itu.

 

Sekalipun Pemeteraian perjanjian Kertas Perakuan Perutusan Makmal Pengurusan Nilai (VMLAB) Cadangan Pelanjutan Konsesi Kontrak Menara Kuala Lumpur di Menara KL pada 22 Mac 2021 tetapi hanya kepada TM Berhad bukan kepada Hydroshoppe Sdn Bhd

Bekas KSU KKD Datuk Seri Mohammad Mentek dan Puan Ainol Shaharina Sahar
CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd

TM Berhad tidak berhak menjual konsesi Menara KL dengan cara menjual anak syarikatnya kepada Hydroshoppe Sdn Bhd hanya kerana beranggapan penjualannya  menjadikan pemilikan konsesi itu secara automatik kepada pembeli syarikat baru yang bukan milik TM Berhad.

Pemilihan baharu konsesi adalah ditentukan oleh KKD dan UKAS selepas due diligence dibuat. Laporan Jawatankuasa Penilaian (due deligence carried out) KKD yang dihantar kepada UKAS ke Jabatan Perdana Menteri pasti ada jika kelulusan kebenaran penjualan saham itu dibenarkan untuk meneruskan konsesi kepada syarikat baru yang tiada kaitan dengan TM Berhad seperti Hydroshoppe Sdn Bhd.

Due deligence kerajaan dan logik mana memberi kebenaran kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd sebagai konsesi Menara?

 

KUASA MENTERI KKD BATALKAN HYDROSHOPPE SDN BHD

Selepas pendakwaan rasuah kes mahkamah Datuk Tan Ser Lay, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd, Menteri KKD Menteri KKD YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mempunyai kuasa membatalkan konsesi Hydroshoppe Sdn Bhd kerana ia bukan dilantik oleh Kementerian tetapi TM Berhad yang menjual syarikatnya tanpa kebenaran kerajaan.

Tidak mungkin Kerajaan menunggu kes rasuah itu selesai maka konsesi ditamatkan. Kes sudah tentu panjang bertahun-tahun.

Syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd hanyalah milik Hydroshoppe Sdn Bhd bukan TM Berhad lagi bermakna penamatan konsesi TM Berhad sekaligus menamatkan Hydroshoppe Sdn Bhd.

Bagaimana syarikat yang merasuah Tan Ser Lay dan Tan Sri Annuar Musa boleh diberi kebenaran melanjutkan konsesi Menara KL? Meneruskan Hydroshoppe Sdn Bhd mengutip wang sewa adalah mengiktiraf syarikat itu merompak para penyewa bangunan. 

Menteri KKD perlu memutuskan segera memandangkan sudah tentu para penyewa bangunan Menara KL dengan TM Berhad sebelum ini sangat sukar menentukan kepada siapa pembayaran sewa konsesi dibuat. Tak mungkin bayaran kepada syarikat haram Hydroshoppe Sdn Bhd.

Hydroshoppe Sdn Bhd sendiri tiada bukti bersurat mereka mendapat lantikan konsesi kerajaan melaksana kerja-kerja konsesi Menara KL. Maka Hydroshoppe Sdn Bhd tiada kuasa menamatkan penyewa di bangunan Menara KL. 

Menteri KKD perlu mengeluarkan surat mengeluarkan Hydroshoppe Sdn Bhd daripada mengurus konsesi Menara KL.

Biarkan mereka menyelesaikan kes rasuah penjualan saham Menara KL yang bukan milik TM Berhad lagi.

Namun konsesi Menara KL perlu diteruskan kepada pihak yang layak dan berpengalaman mengendalikan Menara KL. Pelancong makin ramai, selenggara bangunan, lift dan-lain perlu segera dilakukan. Perkhidmatan teruk akan menjejaskan nama baik negara bukan syarikat semata.

 

1 Comment