KSU NRECC disyor lantik Dr Hizamri sebagai KP JPSM baharu benteras rasuah balak Pahang yang teruk!
13:05 May 27, 2023  |  By SabahKini2
KSU NRECC disyor lantik Dr Hizamri sebagai KP JPSM baharu benteras rasuah balak Pahang yang teruk!

Isu Pengarah Hutan Pahang Gred JUSA C lebih 4 tahun belum selesai. Ramai tak naik pangkat kerana Dr Hizamri. Maka KSU NRECC disyor Dr Hizamri dilantik KP JPSM yang baharu. Lebih berkuasa. Hari-hari main golf maka tak ada masalah untuk dilantik.

Laporan demi laporan kepada SPRM nampaknya tidak pernah melemahkan Dato' Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang. 4 tahun berlalu ‘kabel’ memainkan peranan.

Kerajaan bertukar silih ganti. Menteri, KSU, Ketua Pengarah JPSM malah kementerian juga bertukar kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Dato' Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin Pengarah Pahang ini tetap duduk di jawatan Gred 54 tetapi menggunakan jawatan Gred Jusa C di ibupejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

 


Arahan pindah naik pangkat ke Ibupejabat sejak 2019. Tak mahu pergi. 


YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak bersara April lalu yang berulang alik berurusan dengan KSU KeTSA Nampak gagal membawa semula Dr Mohd Hizamri ke Kuala Lumpur di jawatan asalnya Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan. Sehingga kini jawatan itu kekal dikosongkan kerana posisi itu Gred JUSA C milik Hizamri.

Dalam tempoh 4 tahun ramai yang layak naik pangkat untuk ke Gred 54 Pahang dan Bahagian Latihan tidak dapat berbuat demikian. Dua tempat dikorbankan demi seorang manusia bernama Dato'Dr Mohd Hizamri. Banyak hak orang lain dirampas. Dia sangat bangga merampas hak orang lain. Tak pernah rasa bersalah sedikit pun. 

Sepatutnya Ketua Pengarah JPSM Dato' Indera Mohd Ridza Awang diganti dengan Dr Hizamri kerana beliau lebih berkuasa di Pahang

[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Kawtim 4 tahun berakhir’ KSU KeTSA, SUK Pahang pindahkan Pengarah Perhutanan Pahang JUSA C ke KL? ]

KSU NRECC yang baharu Dato’ Hj Rosli Isa pun nampaknya tenggelam dengan pujukan  Ketua Pengarah JPSM Dato' Indera Mohd Ridza bin Awang dan Dr Mohd Hizamri. Dibuai dengan projek balak Pahang yang ‘mashuk’ serta kerap kali main golf bersama. Pahang kini menjadi ‘kantung’ kepada dana kewangan mereka. Berapa banyak agaknya Hizamri beri? 

Dato' Indera Mohd Ridza bin Awang Ketua Pengarah JPSM dikawal oleh Dato' Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin. Apa saja Dr Hizamri cakap dia akan ikut. Dato' KSU NRECC pula akan ikut apa saja cakap KP JPSM Mohd Ridza. Mereka bertiga saling menyokong antara satu sama lain. 


'Telur' KP JPSM Dato' Indera Mohd Ridza Awang dah kena pegang lama oleh Dr Hizamri. Dr Hizamri Pengarah Pahang JUSA C
ni pula main golf 8 kali seminggu

 
KSU NRECC  Dato’ Hj Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPSM Dato' Indera Mohd Ridza bin Awang

KSU NRECC Dato’ Hj Rosli Isa 3 bulan pertama sembang pasal agama zaman Takiyuddin jadi Menteri. Sekarang bila dah seronok main golf dengan  Ketua Pengarah JPSM Dato' Indera Mohd Ridza bin Awang dan geng Hizamri dah lupa dah. Hari-hari main golf. Dah lupa nasihat jangan makan hak orang lain, pangkat dan lain-lain. Sekarang apa jadi? Hizamri Gred JUSA C kekal di Pahang akhirnya jawatan di ibupejabat dan pegawai yang naik pangkat diabaikan. 

Ramai berpendapat untuk menyelesai masalah di JPSM dan negeri ada baiknya Dato' Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin disyorkan menjadi Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 

Pengarah Jabatan Hutan Pahang ‘Kaki Rasuah’

Apa KSU dan KP JPSM peduli tentang laporan SPRM. Tidak sedikit laporan dibuat kepada SPRM mengenai Dr Mohd Hizamri. Sejak April 2019 misalnya Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Mohd. Nor Hafirul Ikhram Abd. Hair melaporkan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dakwaan salah guna kuasa dan rasuah Dato' Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dan beberapa pegawainya namun nampaknya tidak memberi perubahan apa-apa.

 

Laporan rasuah Pegawas Hutan Zon Pahang Barat

Bukan sahaja Pengarah Hutan melindungi taukeh balak dan mengambil rasuah kini pegawai seperti Pengawas Hutan juga kaya raya mengambil rasuah.

Dilaporkan Ibrahim Idham Khalib  Pengawas Hutan (UPK) Gred 22 bertugas di Zon Pahang Barat  sering meminta rasuah dengan pemegang lesen balak di kawasan terbabit.

Sumber mendedahkan jawatan Gred 22 sahaja tetapi pendapatan melebihi gaji. Memiliki rumah di Taman Netas 1, rumah Kg jerangsang 1 (siap kolam renang), pelbagai kereta seperti Grand Livina, Xpander baharu dan lain-lain lagi. Pendek kata tidak sepadan dengan Gred 22.

Daripada semua sumber pendapatannya? Perniagaan tidak sebesar mana dan hanya wayang tetapi hakikatnya taukeh dan pemegang lesen balak. Jika tak kena dengan dirinya beliau menjadi pengawas hutan yang memerah taukeh balak, mengugut dan sebagainya.

Apakah beliau menjadi kuda kepada Dr Mohd Hizamri di Zon Pahang Barat? Kerana habis disapunya konsesi dan taukeh balak. Setiap bulan perlu menghantar ufti kepadanya jika tidak beliau melakukan kerja-kerja penguatkuasaan di kawasan pembalakan. Gred 22 tetapi berani minta rasuah mesti ada pihak di belakang yang mengarahkannya.

SPRM boleh menyiasatnya tetapi biasanya di Pahang kes seperti ini ditutup.

 

 

 

2 Comments