[VIDEO] Halau Penyewa PPR 10 tahun: Pengerusi LPPB 'Yes' ikut kata Pegawai, Ketua Menteri kata 'NO' ikut kata rakyat
10:06 Jun 23, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Halau Penyewa PPR 10 tahun: Pengerusi LPPB 'Yes' ikut kata Pegawai, Ketua Menteri kata 'NO' ikut kata rakyat

Isu Penyewa PPR LPPB. Pengerusi LPPB memilih sokong Pegawainya berbanding menyokong rakyat yang susah. Ada banyak isu teguran dalam Ketua Audit Negara bukan setakat tempoh lama. Akhirnya Hajiji KM kata tidak benarkan penyewa dikeluarkan dari PPR


Berlagak sombong tunjuk ada kuasa VS Ketua Menteri utamakan kebajikan rakyat

Sejak beberapa hari lalu tular surat notis Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bertarikh 19 jun 2023 untuk menghalau penyewa rumah LPPB yang telah menyewa 10 tahun.

Alasannya kerana laporan Ketua Audit Negara dan Garis Panduan Penyewaan Rumah Program Perumahan Rakyat Negeri Sabah oleh Bahagian Perumahan dan Unit Penempatan Setinggan Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Februari 2012.

Entah apa dalam kepala Pengerusi LPPB Datuk Masiung Banah itu. Katanya dalam video dia mempertahankan apa sahaja yang pegawainya buat serta peraturannya. Dia lupa Garis Panduan atau peraturan sepatutnya menolong rakyat yang susah tapi dia mengikut kepala bodoh pegawai LPPB.

Pegawai LPPB tetap seorang penjawat awam sama ada mereka sombong atau bodoh mereka kekal disitu kerana mereka pegawai tetapi Menteri, Pengerusi dan wakil rakyat bersilih ganti. Kerajaan ada maka adalah kamu disitu.  Jadi jangan terpedaya sangat dengan nasihat para pegawai yang menjahanamkan Kerajaan Negeri.

Berpuluh tahun para pegawai LPPB tu mengambil rasuah dengan memberi kebenaran pihak yang tidak layak duduk di rumah LPPB itu, penyenggeraan teruk, had pendapatan lebih RM3000, rumah disewakan, kereta mewah  dan tidak pernah pun LPPB membuat audit kelayakan penghuninya. Tiba-tiba hari ini Pengerusi LPPB  kata hendak ikut cakap Pegawai LPPB.

Di Semenanjung KPKT, DBKL dan PBT mereka membuat ‘option’ untuk pembelian rumah atau paling tidak secara ‘Sewa Beli’ tetapi di Sabah Pengerusi LPPB dan pegawainya berlagak sombong menghalau penghuni rumah.

Bayangkan lebih 3000 penghuni bakal dihalau jika dasar ini dikuatkuasakan. Bagi Masiung Banah Pengerusi LPPB apa dia peduli. Tiga kawasan PPR yang terlibat itu adalah di Taman Puri Warisan Inanam; Taman Jaya Diri Kuala Manggatal dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) 2 Taman Bukit Setia Kuala Manggatal.

Ya kawasan ini bukan seluruh Sabah malah bukan kawasan Masiung Banah pun. Jadi kawasan Parlimen Sepanggar pasti menerima kesannya jika pengundi dan penghuni ada duduk di situ. MP Sepanggar pasti menerima kesannya

Pegawai LPPB ni dari dulu mereka memang tiada otak, pemalas dan kaki rasuah. Sepatutnya sebelum tindakan dibuat bukankah ada baiknya dilaksanakan pemutihan dahulu bukan diarahkan keluar dan mencari tempat yang baru. Apakah sesenang jtu dalam keadaan ekonomi tak baik dan rakyat terbeban mereka dihalau? Mudahkah mencari rumah sekarang?

Audit sepatutnya dibuat.  Bagaimana jika terdapat Pegawai LPPB memberi pelepasan kepada penghuni kaya di 3 PPR itu (seperti Laporan Ketua Audit Negara) tapi yang miskin dihalau?

LPPB sepatutnya buatlah bancian atau kaji selidik. Penghuni yang tidak layak untuk menduduki Rumah PPR maka mereka ini dikeluarkan dan yang layak serta memerlukan mendapat manfaat. Bukan halau tapi pegawai LPPB bagi kroninya duduk di sana.

Bagaimana pun jika keluarga penghuni rumah PPR itu masih juga tergolong dibawah kategori Miskin, Miskin tegar, OKU dan B40 dikekalkan dan disambung penyewaannya sambil kerajaan memikirkan sesuatu dasar atau polisi yang boleh membantu mereka meningkatkan ekonomi sehinggalah mereka mampu memiliki rumah dan menyewa di tempat lain.

LPPB menggunakan alasan teguran Laporan Ketua Audit Negara. Ternyata Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 terhadap Pengurusan Rumah PPR mempunyai banyak teguran lain bukan setakat penghuni PPR yang duduk lebih 10 tahun. Apa yang dihadapi oleh PPR Pusat milik KPKT sama dengan LPPB yang diuruskan oleh KKTPS. KKTPS sebenarnya gagal menguruskan PPR KPKT dan LPPB!. Isu teguran PPR oleh Ketua Audit Negara berlambak bukan setakat isu tempoh lama penghuni tinggal. 

Misalnya pelantikan kontraktor senggeraan tidak betul, penyewaan rumah melebihi pendapatan RM3000 sebulan, penyewa dapat dua unit PPR, penyewa ada rumah lain, kelayakan penyewa tidak punya maklumat lengkap, rumah disewakan kepada pihak lain, tiada jawatankuasa penduduk malah penyewaan melebihi 10 tahun ke atas boleh mendapat persetujuan Jawatankuasa Penduduk PPR Daerah dan diluluskan oleh Menteri KKTPS.

Jadi apa masalah kepada penyewa dan penghuni lebih 10 tahun? Buatlah audit pematuhan dan benarkan penyewa lebih 10 tahun mengemukan rayuan untuk jawatan kuasa dan Menteri KKTPS.

Tak kan menteri PBS yang sekarang Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bersetuju dengan idea Pengerusi LPPB ini? PBS nak bunuh diri ke?

Sepatutnya Kerajaan menambah lagi rumah PPR (Bawah Persekutuan) dan LPPB itu sendiri.  Bukan sibuk mengejar projek kroni rakyat pula diabaikan.

Isu ini berbeza dengan rumah LPPB di Tanjung Aru yang terpaksa memindahkan penduduk kerana isu keselamatan dari kontroktor Warisan. Rakyat boleh menerimanya. Namun bagi rumah PPR yang tiada masalah dan sekadar isu lebih 10 tahun rakyat tak akan dapat menerimanya.

Satu lagi sangat tak masuk akal dalam kepala bodoh pegawai LPPB ialah rakyat baru dua tahun selepas mengharungi pandemik Covid-19. Bukan sedikit rakyat terjejas dan ada yang masih sukar pulih namun LPPB cepat-cepat mengumumkan langkah ini. Pengerusi dan pegawai LPPB tak apa dapat gaji tetapi rakyat yang terjejas bagaimana? Rumah di KK dan Sepanggar murah ke disewa atau dibeli?


Begitu banyak teguran Ketua Audit Negara tapi yang penghuni 10 tahun
juga mereka bertindak

Kerajaan sepatutnya janganlah memberi ‘peluru’ kepada Pengkritik ataupun pendokong Warisan menghentam Kerajaan GRS dan Ketua Menteri Sabah. Isu yang boleh elakkan tak perlulah dikuatkuasakan sekarang.

Apa yang LPPB nak sembang ikut Laporan Ketua Audit Negara kalau hal penyata tahun 2020 baki RM16.3 juta pun bank tak dapat sahkan dan tahun 2021 Penyata Kewangan pun tak dihantar kepada LKAN. Lepas tu nak ikut hal tempoh 10 tahun tapi yang asas tak boleh nak ikut pula... Banyak hal tapi Pengerusi nak ikut cakap tolol pegawai LPPB!

 
Pengerusi kata dia dan Pegawainya ikut Laporan Ketua Audit Negara tapi setiap tahun pun bermasalah.
Malah Laporan Penyata Kewangan pun tak hantar

Ketegasan Hajiji Ketua Menteri – Tidak benarkan penyewa 10 tahun dikeluarkan daripada PPR

 

Susulan isu itu dan kritikan rakyat, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata tidak akan membenarkan sama sekali penghuni di tiga kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) yang menyewa lebih 10 tahun untuk keluar dari rumah berkenaan.

Katanya, meskipun perkara itu merupakan teguran audit namun ia perlu melihat kepada keperluan penghuni khususnya yang masih memerlukan tempat tinggal.

“Ada isu satu dua hari ini berkaitan mereka yang sudah 10 tahun tinggal di rumah berkenaan mahu dikeluarkan.  Bagi saya ini saya tidak benarkan sama sekali untuk mereka dikeluarkan dari rumah PPR.

“Saya sudah bisik kepada SKN pada mesyuarat akan datang, minta KKTP, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bentang kepada Kabinet.  Isu ini besar, belum dimaklumkan kepada Ketua Menteri atau Kerajaan,” katanya.

Isu dan cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet Negeri untuk dibincang dengan teliti agar satu keputusan dapat diambil berhubung isu yang berbangkit.

 

1 Comment