Dipetik dari Asiaone, selepas berkahwin, wanita ini akan melarikan diri dengan mas kahwin dan hadiah perkahwinannya.
Seorang wanita Jariyaporn ‘Nammon’ Buayai mengejutkan ramai selepas dia didakwa telah menipu sekurang-kurangnya 13 lelaki untuk mengahwini seorang demi seorang.
Dipetik dari Asiaone, selepas berkahwin, wanita ini akan melarikan diri dengan mas kahwin dan hadiah perkahwinannya.
Akhirnya dia ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Thanya Buri, Pathum Thani di Thailand.
Enam lelaki termasuk Wichit Homhuan telah memberikan keterangan.
Mereka mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM28,423. Mahkamah kemudiannya memutuskan Nammon perlu membayar sejumlah RM3551.73 kepada setiap mangsanya.
Wanita itu diiminta membayar tiga ansuran, RM1092.84 pada bulan April, RM1092.84 (Mei) dan RM1092.84 (Jun).
Kes penipuan Jariyaporn menjadi tajuk berita utama pada awal September 2017. Jariyaporn memberitahu mangsa bahawa keluarganya memiliki perniagaan kedai dan mempunyai banyak cawangan.
Dia didakwa menghabiskan masa selama dua bulan untuk menjalin hubungan dengan setiap mangsa sebelum mengajukan soal perkahwinan dan mengatur agar mereka memberi mas kawin.
13 mangsa telah memfailkan aduan ke Biro Penindasan Jenayah di Bangkok pada awal September 2017, masing-masing membuktikan mereka telah ditipu dari Bt 100 ribu, menjadi Bt 500 ribu.
Jariyaporn dituduh menipu orang lain tentang identiti sebenarnya untuk tujuan jenayah, yang boleh dijatuhi hukuman lima tahun penjara, denda atau kedua-duanya.
Setelah ditangkap beberapa hari kemudian, Jariyaporn membantah tuduhan penipuan tersebut dan mengaku hanya menjalin hubungan dengan tujuh orang dan telah memutuskan hubungan dengan mereka sebelum memulakan hubungan baru.
Jariyaporn jua dilaporkan mempunyai lima waran tangkap untuk penipuan.