Kerajaan negeri Sabah menghormati perjanjian Triti Laut Sulawesi
15:07 Jul 07, 2023  |  By SabahKini2
Kerajaan negeri Sabah menghormati perjanjian Triti Laut Sulawesi

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan menghormati perjanjian Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi (Triti Laut Sulawesi) diantara Malaysia dan Indonesia yang ditandatangani pada 8 Jun lepas.

KOTA KINABALU: Sabah sentiasa menerima perkembangan terkini berkaitan rundingan dilakukan mengenai penentuan sempadan maritim yang sering menjadi pertikaian di kawasan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan menghormati perjanjian Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi (Triti Laut Sulawesi) diantara Malaysia dan Indonesia yang ditandatangani pada 8 Jun lepas.

"Tetapi pada masa sama, kerajaan negeri mahu memastikan hak Sabah kekal utuh dan isu semasa diselesaikan dengan baik seperti dalam rundingan yang sedang dijalankan," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata, perjanjian diantara Malaysia dan Indonesia mengenai perkara terbabit hangat dibincangkan dalam sidang Parlimen lalu.

Hajiji menegaskan isu berkenaan telah dipolitikan dan fakta mengenainya dimanipulasi.

Dalam taklimat berkenaan, Triti Laut Sulawesi hanya menyentuh sempadan laut wilayah di luar Pulau Sebatik, bukan pelantar benua dan di luar Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Comment