Amaran hujan berterusan tahap waspada di 3 negeri
17:07 Jul 13, 2023  |  By SabahKini2
Amaran hujan berterusan tahap waspada di 3 negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa sehingga esok.

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata tiga negeri itu diminta berwaspada dengan cuaca hujan yang berterusan.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak melibatkan kawasan Limbang.

“Manakala bagi negeri Sabah pula ianya melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort serta Pantai Barat, Sandakan iaitu di Beluran dan Kudat termasuk Labuan yang berlarutan sehingga Sabtu ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, amaran hujan berterusan tahap bahaya akan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

MetMalaysia berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi hotline MET Malaysia ditalian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. 

Comment