RM1Bilion dalam Kapal Equanimity berita PALSU di sebar Parti Warisan!
03:03 Mar 08, 2018  |  By SabahKini2
RM1Bilion dalam Kapal Equanimity berita PALSU di sebar Parti Warisan!

Yang dijumpai hanyalah senarai anak kapal dan penumpang,” katanya menerusi laporan portal JawaPos.com

JAKARTA: Berita melaporkan kononnya terdapat wang berjumlah Rp3.5 trillion (RM1 bilion) ditemui dalam kapal dirampas pada 28 Feb lepas itu di Bali.

Menurut media Indonesia, penyebaran maklumat palsu itu dilakukan menerusi akaun Facebook  akaun milik warga Malaysia.

“Penyiasat Indonesia menjumpai RM1 billion tersimpan rapi dalam kapal Jho Low?,” menurut akaun Facebook berkenaan.

Wakil Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas, Pesuruhjaya Tinggi Polis Indonesia, Daniel Silitingo berkata, berita tersebar di Malaysia itu palsu.

“Saya memimpin penugasan penangkapan kapal. Tidak menemukan wang apa pun,”

“Yang dijumpai hanyalah senarai anak kapal dan penumpang,” katanya menerusi laporan portal JawaPos.com, semalam.

Sementara itu di Negeri Sabah didapati Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal melalui Pengarah Komunikasi DSSA giat menyebar gambar wang palsu ini untuk menggaburi rakyat. 

 Sehingga ke hari ini Pengarah Komunikasi Dato' Seri Shafie Apdal tidak meminta maaf dengan sebaran PALSU dan FITNAH.

 

1 Comment