Drama Rumah Pangsa LPPB Tanjung Aru: Shafie luluskan RM28.5 juta kepada kontraktor kroni dan notis pindah kini salahkan GRS!
04:07 Jul 16, 2023  |  By SabahKini2
Drama Rumah Pangsa LPPB Tanjung Aru: Shafie luluskan RM28.5 juta kepada kontraktor kroni dan notis pindah kini salahkan GRS!

Tiba-tiba Shafie datang menunggang isu LPPB. Shafie lupa dia yang luluskan LOA projek LPPB Tanjung Aru kepada kroni Warisan, Arah Hartawan Sdn Bhd tahun 2020 dan notis pindah penduduk tahun 2021.Mengapa tak batal je masa 22 bulan berkuasa?

Nampaknya drama Warisan datang lagi untuk memutar belitkan fakta. Shafie Apdal Presiden Warisan, beberapa pemimpinnya dan juga parti lain tiba-tiba cuba menjadi hero kepada isu rumah Pangsa Tanjung milik LPPB sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah.

Ya mungkin ada beberapa kelemahan dalam mengurus isu yang telah lama berlaku di Tanjung Aru itu melibatkan perkara perpindahan.

Sabahkini2 pada Januari 2022 telah mendedahkan isu ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rumah Pangsa LPPB Tanjung Aru: Junz Wong, Warisan marah projek kroni Jaujan Sambakong RM28.5 juta ditamatkan! ]

Sekali lagi Shafie dan Warisan lupa siapa punca isu Rumah Pangsa LPPB ini bermula.  Semua perpindahan itu juga dimulakan oleh Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal. Tidak mengapa elok diperingatkan kepada macai Warisan semula.

PERTAMA : PELANTIKAN SYARIKAT PEMAJU KRONI KERAJAAN WARISAN- Projek membangun semula tapak rumah pangsa Tanjung Aru kontraktornya diluluskan kerajaan warisan. Kontraktor yang dilantik dilaporkan ada kaitan dengan Abang  Junz Wong Adun Tanjung Aru. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ketika itu ialah Datuk Jaujan Sambakong. Bermakna kontraktor dilantik merupakan kroni Jaujan Sambakong dan Junz Wong. Maka tak hairanlah Junz Wong bermati-matian berjuang untuk projek itu bukan sebab semata-mata atas isu kebajikan rakyat.

Dimaklumkan syarat pelantikan kontraktor LPPB ini bersekali dengan PEMINDAHAN PENDUDUK DI RUMAH PANGSA ITU. 

Projek pembangunan semula jelas diluluskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal pada  29.10.2019 kepada syarikat kroni Warisan iaitu Syarikat Arah Hartawan Sdn Bhd. LPPB akur melaksanakan projek itu sehingga LOA atau Surat Setuju Terima daripada  LPPB kepada Syarikat Arah Hartawan Sdn Bhd bertarikh 19 Mei 2020 rujukan LPPB/PPK (S) JV/200-1/4 VOL.7 (33).

Kelulusan itu adalah arahan Shafie Apdal melalui surat 9 April 2020 rujukan KEW (S) 200-3/85 (15). Surat SUT KKTPS Hajah Masnah Mat Salleh rujukan KKT&P (5) 200-0/9 Jld.7 [ ] bertarikh 30 September 2019 atas arahan Jaujan Sambakong menjelaskan projek bernilai RM28.5 juta ini!

SHAFIE APDAL DAN WARISAN LUPA DIA KELUARKAN SURAT KELULUSAN PROJEK 

 

Maklumat syarikat Arah Hartawan Sdn Bhd kroni Warisan ini diluluskan dengan hanya mempunyai modal berbayar RM100,000 sahaja.  Syarikat juga telah ditutup (Dissolved). Penama juga  orang Semenanjung. Syarikat ini hanya 'Cover' tetapi pembiayanya mungkin orang lain. Mereka hanya 'pau' komisen. Komisen projek pula telah diambil selepas LOA dikeluarkan oleh LPPB dan Kerajaan Negeri. Syarikat kroni Junz Wong dan Jaujan Sambakong ini tidak layak  menjadi pemaju bersama LPPB, audit syarikat tidak dibuat bertahun-tahun sejak tahun 2010. Namun tahun 2019 dan 2020 Shafie Apdal meluluskannya!.

 

 

KEDUA:  BANGUNAN TIDAK SELAMAT & NOTIS PERPINDAHAN PENDUDUK SEJAK TAHUN 2021 KERAJAAN WARISAN

Justifikasi kerajaan Warisan ketika meneruskan projek itu ialah meneruskan pembangunan semula projek kerana bangunan itu LPPB itu dibina pada tahun 1970 yang kini berusia lebih 50 tahun dan diisytiharkan tidak selamat. Junz Wong sendiri melawat rumah LPPB itu melihat sendiri struktur bangunan berbahaya. 

Junz Wong mahu tunggu bangunan LPPB runtuh dan rakyat mati baru bertindak... Laporan JKR mereka tolak

Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Mei 2021 lalu telah mengeluarkan notis kepada penghuni di Blok 11 yang disewa oleh 315 keluarga dan 12 orang penyewa kedai. Siapa Kerajaan Negeri tahun 2021? Kerajaan Warisan ya.. 

Notis itu memaklumkan bahawa mereka perlu mencari sendiri rumah baharu dan mengosongkan unit masing-masing menjelang akhir Disember tahun 2020, dengan menyebut bahawa keselamatan struktur flat itu menjadi kebimbangan kerana bangunan itu telah digunakan sejak 1970.

 

Notis lebih awal itu memudahkan penghuni membuat persediaan untuk berpindah ataupun mendapatkan tempat tinggal yang baharu.

Bagaimanapun penghuni di flat itu tidak mahu berpindah dengan 1001 alasan sekalipun mempunyai masa mencukupi dan terus membuat tekanan untuk meminta alasan kukuh LPPB tidak mahu berpindah. Penghuni juga mengadakan demontrasi dan bermacam-macam lagi sambil dihasut oleh pemimpin Warisan. 

Notis pada Mei 2021 LPPB memberi  juga memberi keutamaan kepada penyewa yang rumah mereka mengalami kerosakan teruk serta tidak mempunyai rekod tunggakan bayaran sewa, orang-orang kurang upaya dan warga emas berpindah ke mana-mana Kawasan perumahan sewa yang kosong milik LPPB.

Maknanya Kerajaan GRS berusaha juga mencari jalan menyelesaikan isu itu meneruskan apa yang Kerajaan Warisan putuskan bagi pembangunan  semula rumah pangsa LPPB itu. Banyak kelonggaran dan pilihan diberi. Penyewa 'demand' tidak mahu berpindah dan mahu dekat dengan lokasi seperti di Putatan dan Penampang. banyak cara misalnya LPPB menawarkan 39 penyewa rumah baharu di Sepanggar (Banyak rumah LPPB) tetapi hanya beberapa keluarga saja yang menerimanya. Mereka terus   'demand' hanya mahu di Tanjung Aru! Jika boleh penyewa mahu menambah lagi 5 tahun. Bagaimana selepas 5 tahun tambah lagi?

Mereka lupa ketika Kerajaan Warisan berkuasa selama 22 bulan Kawasan flat ini tetap tidak diselenggara oleh LPPB kerana bangunannya yang uzur. Lebih teruk Warisan melantik kontraktor yang gagal dan tidak punya kelayakan.

 

DAN sekarang Shafie Apdal bersama rombongannya datang mempolitikkan isu itu semula wal hal merekalah pemula projek pemindahan ini termasuk melantik pemaju yang TIADA KELAYAKAN. Dia datang menghasut tapi lupa semua kelulusan projek dan notis itu mereka lah yang melakukannya dahulu. Junz Wong, Jaujan dan Shafie sudah kenyang dari komisen kontraktor kroni berkait abang Junz Wong itu!.

 

DRAMA POLITIK PUNYA PASAL. SHAFIE APDAL LUPA PENGERUSI LPPB, SURAT KELULUSAN, KONTRAKTOR PEMAJU LPPB DAN NOTIS PERPINDAHAN KERAJAAN WARISAN SHAFIE YANG LULUSKAN LEBIH AWAL. TIBA-TIBA DIA DATANG SEMULA KATA KERAJAAN GRS SALAH

 

Kalau benar Shafie Apdal, Jaujan Sambakon (Menteri KKTPS) dan Junz Wong buat kerja tahun 2019 sehingga 2022 Kerajaan Warisan berkuasa dah batal projek pembangunan semula rumah LPPB ini. Mengapa Shafie dan Kerajaan Warisan tak buat 22 bulan berkuasa?

Mengapa sekarang dia berdrama? Ialah kontraktor kroni Arah Hartawan Sdn Bhd itu ditamatkan. Maka meroyanlah Warisan. 

 

3 Comments