SPRM Sabah tumpaskan sindiket penyamaran pegawai kanan kerajaan tipu ratusan ribu ringgit
20:07 Jul 23, 2023  |  By SabahKini2
SPRM Sabah tumpaskan sindiket penyamaran pegawai kanan kerajaan tipu ratusan ribu ringgit

Menyamar sebagai Pegawai kanan kerajaan. Tujuh individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun telah ditahan hasil daripada serbuan. Bagaimana orang muda berumur 20-30 tahun boleh perdaya orang ramai sebagai pegawai kanan?

Satu sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pegawai kanan Menteri Dalam Negeri berjaya ditumpaskan SPRM Sabah

Sumber berkata, kegiatan sindiket berkenaan dipercayai menggunakan modus operandi menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguat kuasa dan sudah menipu mangsa yang mengakibatkan kerugian sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Operasi kali ini pihak SPRM Sabah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri membuat serbuan melibatkan lokasi tertentu di sekitar Kota Kinabalu sejak beberapa hari lalu.

“Serbuan dibuat adalah berdasarkan hasil risikan yang telah dibuat sebelum ini. Seramai tujuh individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun telah ditahan hasil daripada serbuan berkenaan.

“Proses permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan akan dibuat terhadap mereka di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Melihat kepada wajah-wajah yang ditahan SPRM sekitar 20 hingga 30 tahun boleh dikatakan semua penyamar sebagai pegawai kanan kerajaan itu terlalu muda  namun masih boleh memperdaya orang ramai menyamar sebagai pegawai kanan kerajaan termasuk  Pegawai SPRM.

 

1 Comment