Sawah wujudkan semula Lembaga Padi
15:07 Jul 27, 2023  |  By SabahKini2
Sawah wujudkan semula Lembaga Padi

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu dijangka dapat meningkatkan paras tahap Sara diri (SSL) beras Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) kini dalam proses mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah bagi membangunkan industri padi dan beras di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu dijangka dapat meningkatkan paras tahap Sara diri (SSL) beras Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030.

“Ketika ini, SSL beras Sabah berada pada paras 22 peratus manakala 78 peratus keperluan beras di negeri ini ditampung melalui beras import daripada negara seperti China, Vietnam, Thailand dan Pakistan.

“Kita berharap dengan pewujudan semula Lembaga Padi Sabah ini akan dapat meningkatkan paras tahap SSL beras negeri, sekali gus dapat mengurangkan beras import,” katanya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Sabah di Wisma Pertanian di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan.

Dalam ucapan sama Hajiji berkata peladang, penternak dan nelayan adalah golongan penting dalam menyumbang pembangunan ekonomi negara.

Katanya golongan ini harus peka dan bersedia menerima serta membuat perubahan dalam pertanian termasuk pengurusan ladang secara moden.

“Peladang, penternak dan nelayan harus lebih inovatif, meningkatkan kepakaran dan berusaha dengan lebih gigih merebut peluang pelaburan dalam sektor pertanian yang kian berkembang.

“Untuk mencapai hasrat ini, kita harus terbuka kepada idea dan maklumat baharu serta mutakhir seterusnya menyesuaikan mengikut keadaan dan masa, jadilah peladang, penternak dan nelayan yang serba tahu,” katanya.

1 Comment