SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan
16:08 Aug 07, 2023  |  By SabahKini2
SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan

Pengurus kejuruteraan sistem kualiti kanan SpaceX Kate Tice berkata, beberapa minit sebelum dilancarkan, cuaca hanya menunjukkan "10% daripada melanggar kriteria pelancaran yang ditetapkan".

WASHINGTON: SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9 dengan satu lagi muatan satelit Starlink ke angkasa lepas dari Florida lewat Ahad.

Roket itu dilancarkan pada 10.41 malam EDT dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral, menghantar 22 satelit ke orbit bagi menyediakan akses internet ke seluruh dunia, menurut United Press International (UPI).

Pengurus kejuruteraan sistem kualiti kanan SpaceX Kate Tice berkata, beberapa minit sebelum dilancarkan, cuaca hanya menunjukkan "10% daripada melanggar kriteria pelancaran yang ditetapkan".

Pelancaran itu adalah yang ke-53 bagi SpaceX pada tahun ini dan ke-252 setakat ini.

Bulan lalu, SpaceX turut melancarkan 22 satelit Starlink ke orbit.

Comment