Kes IPIC: Semuanya arahan Dr Mahathir dan Tommy Thomas, terbukti tiada kes terhadap Najib dan TS Irwan
18:08 Aug 14, 2023  |  By SabahKini2
Kes IPIC: Semuanya arahan Dr Mahathir dan Tommy Thomas, terbukti tiada kes terhadap Najib dan TS Irwan

Semuanya kerana arahan Dr Mahathir PM7 dan kebencian Tommy Thomas terhadap Najib. KES IPIC sengaja dituduh. Berdasarkan memo Pejabat Peguam Negara, Datuk Jamil Arifin Ketua Pendakwaan IPIC mengesahkan tiada kes terhadap Najib dan TS Serigar.

Dr Mahathir Bekas PM7 dan Peguam Negara Tommy Thomas tahu mereka tiada kes terhadap Najib, tetapi masih meneruskan kes selama 5 tahun untuk membebankan Najib dan mencipta persepsi bahawa Najib mencuri berbilion dan membebankannya secara kewangan dan undang-undang dengan begitu banyak kes.

Dr Mahathir dan Tommy Thomas  perlu mendakwa Najib bagi kes IPIC sebagai alasan mengapa mereka membatalkan perjanjian penyelesaian antara Malaysia dan IPIC/Kerajaan Abu Dhabi yang memerlukan IPIC membayar balik sehingga US$7 bilion kepada 1MDB menjelang 30 Dis 2020, kerana kebanyakan wang 1MDB yang hilang dijamin atau dihantar kepada pegawai IPIC.

Najib sudah menyelesaikan dengan IPIC untuk membawa pulang semua wang yang hilang tetapi dibatalkan oleh Tommy Thomas dan kerajaan PH. Ini juga menghalang kerajaan Malaysia daripada serta-merta mendapatkan semula semua wang 1MDB yang hilang - yang bermakna tiada wang 1MDB yang hilang atau dicuri oleh Najib.

Februari lalu PM Anwar mengumumkan International Petroleum Investment Company (Ipic) dan Aabar Investments PJS bersetuju membayar  US$1.8 bilion (RM8.06 bilion) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc) dan 1MDB untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang sekian lama. Jumlah ini masih lebih tinggi daripada RM6.6 bilion yang dituduhkan kepada Najib dan TS Irwan kerana pecah amanah.

Namun US$1.8 bilion masih lebih rendah daripada US$7 bilion yang dipersetujui zaman Najib.

[ARTIKEL BERKAITAN- IPIC, Aabar setuju bayar kerajaan RM8.06 bilion penyelesaian 1MDB ]

Dalam satu memo Pejabat Peguam Negara bertarikh 10 September 2019 daripada  Datuk Jamil Bin Aripin Ketua Pasukan Pendakwaan IPIC jelas mendedahkan pertuduhan kes IPIC kepada Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar bin Abdullah telah didakwa bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan 6 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah berjumlah RM 6.6 bilion.


Datuk Jamil Bin Aripin bBekas Ketua Pasukan Pendakwaan IPIC

Lima Kertas Siasatan (IP) diberikan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 jelas tiada kajian menyeluruh. Kenyataan saksi mengesahkan pihak pendakwaan tidak mempunyai kes terhadap kedua-dua orang tertuduh.

Kerana Memo ini Tommy Thomas  Peguam Negara ketika itu memindahkan Datuk Jamil Bin Aripin kerana tidak mengikuti arahannya.

Memo penuh boleh di baca di bawah;

 

 

Comment