Gesaan SAPP dikecam PH-DAP, PGRS, PN dan BN bukti Yong Teck Lee orang tua yang tidak relevan lagi
11:08 Aug 16, 2023  |  By SabahKini2
Gesaan SAPP dikecam PH-DAP, PGRS, PN dan BN bukti Yong Teck Lee orang tua yang tidak relevan lagi

Yong Teck Lee gagal di Batu Sapi 2010, gagal lagi PRU-14 2018 di Kota Kinabalu hanya 3132. PRN2020 Yong tak dapat kerusi Likas dan PRU-15 Yong meminta kerusi Sepanggar. Yong makan dua kolam GRS & PN tapi beliau orang tua yang tidak relevan lagi

Kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mencadangkan parti politik yang berpangkalan di semenanjung mengelak daripada bertanding pada pilihan raya negeri akan datang dikecam teruk oleh Pakatan Harapan

“Pandangan saya memandangkan ia adalah pilihan raya negeri, ia perlu ditandingi oleh parti tempatan dan parti yang berpangkalan di semenanjung harus tidak menyertai pilihan raya,” katanya

Yong juga mencadangkan parti mesra GRS termasuk PH, BN dan PN kekal di luar perlumbaan. Ini bagi mengelak berlaku pertindihan calon yang bertanding dalam pilihan raya.

“Contohnya kerusi Likas, malam sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan, sebelum saya tidur, kerusi itu akan ditandingi oleh SAPP. Tetapi pada pukul 7 pagi keesokan harinya saya dimaklumkan melalui WhatsApp bahawa kerusi itu telah diperuntukkan kepada MCA dan keputusan dibuat pada pukul 3 pagi.

“Kemudian ia adalah situasi yang sama dengan Umno untuk pilihan raya umum pada November tahun lepas. Jika hanya parti tempatan yang bertanding, tidak ada lagi perkara karut seperti itu kerana perubahan saat akhir tidak memberi gambaran yang baik kepada jentera pilihan raya parti yang sudah bekerja keras,” katanya.

Pengalaman Yong yang gagal

Yong merujuk pengalamannya yang gagal bertanding dalam PRUke 15 sebelum ini di mana beliau gagal mengintai kerusi Parlimen serta kegagalannya dalam PRN Sabah 2020.

Bukan lagi rahsia Yong mahu kerusi Parlimen Sepanggar kerusi penduduk Islam itu kerana percaya beliau boleh menang mudah di Sepanggar. Bagaimanapun komponen GRS dan BN menentangnya ketika itu. Yong mahu mudah!

Yong yang juga Presiden SAPP dan bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Adun Likas dan percaya beliau mendapat sokongan di kawasan Sepanggar.

Bagaimanapun mengambil kira cara Dominic Lau Presiden Gerakan bertanding di Kerusi Melayu Bayan Lepas PRN Pulau Pinang pengundi mungkin akan menyingkirkan Yong Teck Lee sekali lagi jika mendapat kerusi Sepanggar sekalipun.

PH-DAP dan PN selar Yong Teck Lee

Susulan kenyataan Yong mengenai Parti yang dilabelnya ‘Malaya’ mengundang kemarahan seperti daripada DAP, BN dan juga PN sendiri.

Phoong Jin Zhe

Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe yang juga Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah berkata kenyataan media Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee berkenaan dengan cadangan SAPP agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Negeri Sabah sengaja mencetus provokasi.

“Saya berpendapat kenyataan ini tidak relevan dan tidak mencerminkan pendirian GRS secara keseluruhan.

“Terang lagi bersuluh, SAPP cuma mewujudkan ketegangan dan ketidakharmonian diantara parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuaan,” katanya.

Phoong berkata SAPP masih lagi di dalam Perikatan Nasional (PN), agendanya dengan mudah dapat dihidu dan rakyat dapat menghakimi niat sebenar SAPP.

Mengurangkan ketegangan kenyataan Yong Teck Lee, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata Cadangan Parti Maju Sabah (SAPP) agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan calon di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang disifatkan sebagai pandangan peribadi Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee bukanlah melambangkan pandangan GRS secara kolektif.Berhubung kerusi DUN Sabah ianya belum dibincangkan  oleh pimpinan GRS.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

“Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah pada masa ini ialah untuk terus komited melaksanakan segala agenda pembangunan negeri dan rakyat Sabah selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah stabil dan berjalan dengan baik atas sokongan semua pihak dari GRS dan PH Sabah,” katanya

Tidak cukup itu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri dr Ronald Kiandee turut menegur Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee rakan komponen PN itu bahawa tiada mana-mana parti yang boleh menghalang parti politik lain untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi khususnya di negeri ini.

Dr Ronald Kiandee

Dr Ronald Kiandee berkata, kenyataan Yong Teck Lee dibuat atas kapasiti sebagai anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa mengurus kedudukan di peringkat nasional.

“Merujuk kepada kenyataan Presiden SAPP yang menyatakan bahawa hanya parti-parti Sabah sahaja yang perlu bertanding dalam PRN Sabah akan datang, PN Sabah menegaskan bahawa ianya dibuat atas kapasiti SAPP sebagai anggota GRS di negeri Sabah tanpa mengambil kira kedudukan mereka di peringkat nasional.

“PN Sabah berpendirian Presiden SAPP mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian mereka kepada PN berhubung dengan kenyataan itu,” katanya

 

Yong Teck Lee tiada ‘moral standing’ dan perlu cerminkan diri

Sementara itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee tidak mempunyai ‘moral standing’ untuk menasihatkan mana-mana pihak agar tidak bertanding mahupun melibatkan diri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.


Jeffery Nor Mohamed

Menurutnya Yong selaku ketua SAPP sendiri tidak mempunyai pendirian yang jelas.

“Beliau (Yong) menyatakan bahawa GRS menyokong Kerajaan Perpaduan tetapi pada masa yang sama SAPP juga jelas merupakan sebahagian daripada parti Perikatan Nasional (PN).

“Apakah beliau lupa bahawa beliau sendiri hadir ke mesyuarat PRN enam negeri anjuran Perikatan Nasional pada 17 Julai 2023 dan menjadi timbalan Pengerusi (PN)?

“Sebelum menasihatkan mana-mana parti, cerminkan diri sendiri dulu dan nyatakan adakah beliau sokong Kerajaan Perpaduan atau PN,” 

 

Yong Teck Lee tidak relevan lagi di Sabah

Yong bekas Ketua Menteri ini sudah lama dilihat pencen dalam dunia politik. Pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November 2010 Yong mencuba sebagai calon Parlimen P.185 Batu Sapi dan hanya mendapat undi 2,081 berbanding BN Tsen Thau Lin dalam 9,775 undi.

 

PRU-14 pada 9 Mei 2018 sekali lagi Yong Teck Lee bertanding di kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan hanya mendapat undi 3,132 berbanding BN 7,546 dan DAP 31,632 dengan majoriti 24,086.

Masyarakat cina jelas menolak Yong Teck Lee di Sabah. Apakah dengan mendapat kerusi Parlimen Sepanggar kerusi majoriti Islam maka Yong Teck Lee akan menang dalam GRS? Tak mungkin komponen GRS akan memberi kerusi itu melainkan Yong bertanding atas PN.

PN bukan parti Malaya?

Pastinya Yong akan terus gagal jika bertanding di mana-mana Kawasan Parlimen atau DUN di Sabah. Masa Yong sudah berlalu semua generasi Baharu.Yong tidak relevan lagi. Sekarang pun beliau hanya layak dilantik sebagai ADUN LANTIKAN. Jika tidak Yong tidak ke mana.

Bermain dengan 'kolam' yang banyak di Sabah dengan menyertai GRS dan Perikatan Nasional hanya akan membunuh karektor Yong. Yong tak boleh lari dari perangai lalangnya. Rakyat melihat ini dan akan menguburkan SAPP.

Daripada Yong banyak mengeluh kononnya terlalu banyak masa dan tenaga terbuang dalam rundingan (dengan parti-parti di semenanjung- Komponen PH, PN, BN) lebih baik beliau menjadi penasihat atau penaung sahaja. Hakikatnya rundingan antara GRS dan Kerjasama parti lain pasti tidak akan memberi Yong Presiden SAPP Kerusi selamat atau boleh menang atau tidak memberi langsung kepadanya.

Mengapa? Sebab semua parti komponen dalam GRS tahu kemampuan Yong. Yong tak akan mungkin menang dalam politik sekarang.

Yong marah kepada Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe kerana memberi reaksi keterlaluan dalam kenyataannya kononnya ini dalaman SAPP tetapi Yong lupa beliau bercakap di media secara terbuka dengan saranan itu. Ia bukan kenyataan tertutup. 

Berbicara mengenai blok Sabah dan Sarawak ketika di zaman Kerajaan Perpaduan masih berlangsung adalah tidak sesuai. Yong sepatutnya mengunci mulut dan sedar diri.Tiada siapa parti boleh ‘claim’ berjuang sendiri MA63 kerana semua parti di Sabah termasuk GRS memperjuangkannya.

GRS kini terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat); SAPP; Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) wajar mengkaji kedudukan SAPP dan Yong Teck Lee.

GRS akan bermasalah dengan orang lama sampah macam Yong Teck Lee. Orang jenis macam Yong akan menghakis sokongan muda kepada GRS. Yong hanya kaan memikirkan kerusinya sedang rakyat menolaknya.

Kerana satu kesimpulan yang jelas boleh diulang iaitu ‘YONG TECK LEE TIDAK RELEVAN LAGI’.

 

 

2 Comments