[VIDEO] Isu Ambalat : Kerajaan Perpaduan dah jawab, YB Warisan sengaja burukkan PM Anwar, KM Hajiji untuk hasut rakyat
10:08 Aug 18, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Isu Ambalat : Kerajaan Perpaduan dah jawab, YB Warisan sengaja burukkan PM Anwar, KM Hajiji untuk hasut rakyat

Warisan mengaku sokong Kerajaan Perpaduan tetapi sengaja menyerang PMX dan Ketua Menteri. Isu Ambalat PMX dan KLN dah jawab jun lalu kini dibangkitkan kembali. Apa tujuan? sengaja burukkan PMX dan KM Hajiji kononnya gadai Ambalat.

 


Isu AMBALAT telah dijawab oleh PM Anwar dan Kementerian Luar. Adun Warisan hanya sengaja cetus 

provokasi walau dia telah tahu jawapan kerajaan. YB Warisan hanya menghasut 
untuk burukkan Kerajaan Perpaduan dan GRS plus di Sabah

Isu Ambalat berbangkit kembali bulan Ogos ini susulan fitnah dibuat Adun Tungku Assaffal Alian di persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lalu yang mendakwa kononnya Malaysia telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.

Sebenarnya isu Ambalat telah dijawab jun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dewan rakyat dan juga dalam beberapa program Temu Anwar susulan fitnah penyerahan blok Ambalat kepada Indonesia.

Anwar menegaskan perjanjian yang dicapai bersama Indonesia dalam lawatan dua hari Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi ke Malaysia pada awal Jun lalu tidak termasuk blok Ambalat.

"Ambalat dan Pulau Sebatik belum selesai. Saya tandatangani dengan Jokowi itu semua (perjanjian) yang lain, melainkan kawasan Ambalat dan Sebatik. Dia tidak setuju, saya tidak setuju, jadi saya kata tangguh yang itu. Tapi dia kata serah, serah Johor. Saya hubungi Tuanku Sultan Johor, saya kata Tuanku jangan bimbang kerana yang kita tandatangan itu tidak termasuk wilayah sempadan Johor, luar daripada tiga batu nautika dari sempadan Johor.

Video di atas menjelaskan isu Ambalat atau Blok ND6 dan ND7

BLOK ND6 dan ND7


Sengaja Cetus Provokasi

Pemimpin Warisan sebenarnya sengaja berbuat demikian sekalipun tahu isu Ambalat telah dijawab oleh PMX Anwar Ibrahim. Mereka berlakon dibalik sokongan Kerajaan Perpaduan tetapi menyerang PMX di belakang.

Mencetuskan semula isu Ambalat selepas PRN 2023 merupakan satu agenda terancang puak-puak Warisan untuk menghasut rakyat.

Apa motif YB Assaffal Warisan? Dia dalam Kerajaan Perpaduan telah maklum
jawapan PMX mengapa cetus provokasi dengan fitnah?

Tujuannya hanya satu untuk mencetuskan rasa bimbang rakyat Sabah mengenai isu sempadan Ambalat yang masih dalam pertikaian tidak pernah selesai sekalipun Malaysa memenangi Pulau Sipadan dan Ligitan sebelum ini.

Itulah apa yang dilakukan oleh Adun Tungku Assaffal Alian daripada Warisan yang diarahkan oleh Shafie Apdal berbuat demikian. Serangan mudah ini mensasarkan PMX dan juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor.

 

Jawapan Kementerian Luar

Susulan tercetusnya isu itu kembali Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin yang juga Ahli Parlimen Kimanis menjawab isu itu semula bahawa Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi.

ARTIKEL BERKAITAN - 20 JUN 2023: TRITI PERSEMPADANAN LAUT WILAYAH DI KAWASAN PALING SELATAN SELAT MELAKA DAN TRITI PERSEMPADANAN LAUT WILAYAH (SEPARA) DI LAUT SULAWESI ANTARA MALAYSIA DAN REPUBLIK INDONESIA 

"Kita belum rundingi apa kawasan yang dikatakan sebagai Ambalat atau 200 batu nautika ke atas atau apa yang dikatakan sebagai zon ekonomi eksklusif (ZEE).

"Tidak dirundingi dan belum dirundingi," katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.

Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu.

Wisma Putra dalam penjelasan berhubung Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun lepas di Putrajaya sempena lawatan kerja Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia memaklumkan triti itu tidak melibatkan persempadanan maritim di ZEE dan pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia.

"Dalam erti kata lain, triti tersebut tidak melibatkan kawasan yang dirujuk Malaysia sebagai Blok ND6 dan Blok ND7 atau yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat," menurut Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 20 Jun.

Mohamad menegaskan kerajaan Persekutuan amat mengambil berat dan sentiasa berhati-hati mengenai soal triti yang melibatkan soal persempadanan maritim kedua-dua negara.

Beliau berkata setiap keputusan yang dibuat berkaitan soal triti maritim adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982.

"(Ia juga melibatkan) pakar antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan penglibatan kerajaan negeri Sabah. Tidak sekalipun sentuh soal Ambalat...jauh lagi kawasan itu," katanya serta menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Sabah komited mempertahankan kedaulatan negara serta perairan Sabah.

"Saya juga sebagai Ahli Parlimen dari Sabah tidak akan relakan kedaulatan Sabah digadaikan...saya pertahankan perairan Sabah dan kedaulatannya, ini komitmen saya," kata Ahli Parlimen Kimanis itu.

Mohamad berkata kenyataan Assafal mengenai Ambalat itu mengelirukan masyarakat dan berunsur fitnah selain menggesa beliau segera mengemukakan permohonan maaf.

"Rujuk Wisma Putra dan jangan buat kenyataan mengelirukan masyarakat hingga sampai tahap fitnah...jangan tambah perkara tidak wujud dan timbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

Jawapan Ketua Menteri Sabah

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan tuduhan ADUN Tungku, Parti Warisan Sabah, Assaffal Alian berkaitan dengan isu Ambalat adalah sesuatu yang tidak berasas. Tidak benar Kerajaan Pusat telah menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Hajiji berkata, soal isu Ambalat belumpun diputuskan dan ianya masih di dalam perbincangan. Ini telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Justeru, andaian dan tuduhan wakil rakyat Tungku itu tidak berasas. Oleh itu kita akan lihat macam mana perlu kita ambil tindakan jika sekiranya apa yang dikatakannya adalah sesuatu yang tidak betul. Kita tidak boleh mengelirukan rakyat ataupun negeri kita, ini perkara sensitif,” katanya kepada media.

 

1 Comment