Yong dan SAPP perlu hentikan ‘main dua kolam’ elak rakyat keliru kata Masidi
20:08 Aug 20, 2023  |  By SabahKini2
Yong dan SAPP perlu hentikan ‘main dua kolam’ elak rakyat keliru  kata Masidi

Kemelut kenyataan Yong Teck Lee nampaknya jadi isu panjang. Kali ini Datuk Seri Masidi menggesaYong perlu memilih sama ada mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan (GRS) atau pembangkang (PN)

‘Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa, ’ begitulah kedudukan Yong Teck Lee Timbalan Presiden Perikatan Nasional parti semenanjung berhadapan kritikan.

Pelbagai pihak memberi komen mengenai seruan Yong Teck Lee itu. PH, PGRS, BN, PN malah MCA mengecam Yong Teck Lee.

[ARTIKEL BERKAITAN- Gesaan SAPP dikecam PH-DAP, PGRS, PN dan BN bukti Yong Teck Lee orang tua yang tidak relevan lagi

Terbaru Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menggesa Yong perlu memilih sama ada mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan atau pembangkang

“Mereka (SAPP) perlu memilih. Saya rasa anda perlu menghentikan ‘main dua kolam’,” kata Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Jumaat (18 Ogos).

“Ini supaya pengundi tidak keliru. Bagi saya, SAPP harus membuat keputusan,” katanya lagi.

SAPP adalah salah satu daripada tujuh parti komponen GRS yang menerajui kerajaan negeri yang turut merangkumi parti Pakatan Sabah.

Ia juga merupakan sebahagian daripada gabungan Perikatan di peringkat persekutuan dengan presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee sebagai timbalan pengerusi pakatan pembangkang. Beliau juga merupakan timbalan pengerusi GRS.

Perikatan mempunyai dua kerusi dalam 79 anggota Dewan Undangan Negeri di Sabah, Yong dan PAS Dr Aliakbar Gulasan, kedua-duanya adalah Adun yang dilantik

Masidi berkata kedua-dua Yong dan Aliakbar dilantik secara politik sejajar dengan kerajaan negeri.

“Setakat ini, mereka pro kerajaan negeri. Tetapi saya tidak pasti sama ada mereka pro-Kerajaan Persekutuan

“Tetapi jangan lupa, mereka dilantik sebelum keadaan politik semasa.

“Dalam erti kata yang lebih luas, ini (situasi yang melibatkan SAPP dan PAS) adalah sesuatu yang dikenakan kepada kami, bukan sesuatu yang kami cipta,” kata Masidi.

Semasa pilihan raya di Sabah 26 Sept 2020, GRS, gabungan parti yang merangkumi Bersatu, Parti Bersatu Sabah, STAR, SAPP dan PAS, bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan ketika itu.

Selepas memenangi pilihan raya, kerajaan GRS-Barisan melantik Yong dan Aliakbar sebagai dua daripada enam ADUN yang dilantik.

Pada masa itu, Sabah STAR dan SAPP juga merupakan komponen Perikatan tetapi Sabah STAR menarik diri daripada gabungan itu selepas pilihan raya umum 2022.

SAPP bagaimanapun memutuskan untuk kekal bersama Perikatan sambil turut kekal dengan GRS.

Oleh itu rakyat Sabah melihat ini satu pengkhianatan untuk main dua kolam.

Lebih teruk sudah main dua kolam mengutuk lagi parti-parti lain wal dia bekerjasama dengan parti PN Semenanjung juga.

 

 

 

 

 

5 Comments