Kerajaan negeri beri pengiktirafan kepada PKS Sabah
14:08 Aug 28, 2023  |  By SabahKini2
Kerajaan negeri beri pengiktirafan kepada PKS Sabah

Pengiktirafan diberikan kepada PKS Sabah kerana peranan penting dimainkan dalam membentuk landskap keusahawanan di Sabah, khususnya dalam kemajuan perniagaan yang diketuai oleh kaum wanita.

KOTA KINABALU: Anugerah 'Usahawan Wanita Harapan 2023' yang dianugerahkan kepada Persatuan Perusahaan Kecil Sederahana Sabah (PKS Sabah) adalah satu pengiktirafan daripada kerajaan negeri.

Pengiktirafan itu bukan sekadar penghargaan tetapi menjurus kepada peranan penting dimainkan dalam membentuk landskap keusahawanan di Sabah, khususnya dalam kemajuan perniagaan yang diketuai oleh kaum wanita.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Biro Sekretariat dan Ahli Bersekutu Biro Perkhidmatan Profesional PKS Sabah, Voo Nyuk Oi telah telah menerima anugerah berkenaan.

Beliau menerima anugerah itu sempena dengan Hari Wanita pada 26 Ogos lalu.

Anugerah itu diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bersama Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS). 

Usaha-usaha cemerlang Voo dalam pembangunan PKS Sabah dan membentuk persekitaran yang kondusif untuk kemajuan usahawan wanita telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

Voo berkata, pengiktirafan itu tidak hanya membuktikan komitmennya tetapi turut mengukuhkan usaha bersama institusi-institusi yang memperjuangkan kesaksamaan gender dan kemajuan wanita.

Beliau menyeru agar wanita di Sabah untuk terus berusaha berganding bahu menggerakkan landskap keusahawanan yang dinamik dan adil.

Comment