Duta Sweden ingin kukuhkan hubungan dengan Sabah
17:08 Aug 29, 2023  |  By SabahKini2
Duta Sweden ingin kukuhkan hubungan dengan Sabah

Duta Sweden Dr Joachim Bergstorm mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Duta Sweden ke Malaysia Dr. Joachim Bergstorm mahu mengeratkan jalinan dengan Sabah, khususnya dalam pelancongan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Joachim turut berharap Sabah yang terkenal dengan Gunung Kinabalu dan kepelbagaian budaya dapat didedahkan kepada rakyat Sweden.

29 Comments