Rakyat Sabah diseru memupuuk semangat patriotism, kekal perpaduan dan keharmonian – Hajiji
16:08 Aug 30, 2023  |  By SabahKini2
Rakyat Sabah diseru memupuuk semangat patriotism, kekal perpaduan dan keharmonian – Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Hari Kebangsaan adalah milik bersama dan semua rakyat perlu sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan negara.

KOTA KINABALU: Semua rakyat terdiri pelbagai kaum dan budaya di negeri ini diminta supaya memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan dan keharmonian sempena menyambut Hari Kebangsaan tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Hari Kebangsaan adalah milik bersama dan semua rakyat perlu sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan negara.

Katanya, jangan mudah terpengaruh dengan sebarang perkara negatif yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan, sehingga membawa kepada perpecahan kaum.

“Seluruh lapisan rakyat juga seharusnya memperingati dan menghargai jasa serta pengorbanan para pejuang negara yang mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan perutusan sempena menyambut Hari Kebangsaan 2023, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, seiring dengan objektif Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan, agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya menerima baik tindakan dan perancangan bagi membina semula kekuatan negara.

“Marilah kita sama-sama menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2023,” katanya.

Comment