Kerajaan negeri terima sumbangan RM1.5 juta daripada LIGS
15:09 Sep 18, 2023  |  By SabahKini2
Kerajaan negeri terima sumbangan RM1.5 juta daripada LIGS

Sumbangan ini adalah kali kedua yang disampaikan oleh LIGS kepada kerajaan negeri selepas kali pertama dilakukan pada 2021 dengan jumlah RM1.3 juta.

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) membayar sejumlah RM1.5 juta sumbangan kepada kerajaan negeri untuk tahun 2022.

Ia adalah kali kedua LIGS menyampaikan sumbangan seumpamanya kepada kerajaan negeri selepas kali pertama dilakukan pada 2021 dengan jumlah RM1.3 juta.

Pengerusi LIGS Datuk Edward Linggu menyampaikan replika cek kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, semalam.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Pengurus Besar LIGS Sabdil Tanjong dan para ahli-ahli Lembaga syarikat berkenaan.

Taklimat turut diadakan untuk menjelaskan aktiviti serta program LIGS kepada Hajiji, seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPS), Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), Insentif Pendapatan Rakyat (IPR) 2023 dan usaha maju ke hadapan bagi memperkasakan industri getah Sabah.

Comment