PAS tak terkesan kajian "atas meja" dan syok sendiri.
14:03 Mar 10, 2018  |  By SabahKini2
 PAS tak terkesan kajian

Data 2000 orang syok sendiri Invoke ini memberi maklum balas membayangkan kemungkinan PAS gagal memenangi walau satu kerusi pun pada PRU ke-14 nanti malah PAS katanya hilang negeri Kelantan.

PAS menganggap dapatan kaji selidik Invoke Malaysia (Invoke) mengenai nasib parti itu yang mungkin tidak akan menang satu kerusi pun pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti sekadar kajian "atas meja" dan syok sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan kajian tersebut juga dibuat tidak sampai ke peringkat akar umbi. Responden diambil dari kalangan mereka terpilih dan penyokong Pakatan Harapan.

Menurut Abdul Hadi, PAS mempunyai kajian sendiri yang berpijak di bumi nyata dan pada masa sama mengambil maklum dapatan daripada kajian pihak lain.

"Kita ada kajian sendiri dan ambil kajian orang lain untuk buat perbandingan.

"Tetapi kajian PAS bertapak pada akar umbi (sedangkan) mereka tak ada, hanya atas meja, tak sampai ke lapangan," katanya kepada media di Tumpat, Kelantan, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang hadir merasmikan Mesyuarat Agung PAS Tumpat.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan barisan kepimpinan kawasan.

Malaysiakini semalam melaporkan kaji selidik Invoke melibatkan 2,000 responden dan dijalankan sehingga Februari lalu.

Data 2000 orang syok sendiri Invoke ini memberi maklum balas membayangkan kemungkinan PAS gagal memenangi walau satu kerusi pun pada PRU ke-14 nanti malah PAS katanya hilang negeri Kelantan.

Sementara itu, Takiyuddin yakin kaji selidik Invoke itu bakal tersasar dan PAS tetap mampu mempertahankan Kelantan selepas mereka menguasainya sejak 1990.

Malah katanya banyak kaji selidik yang dijalankan badan diasaskan oleh Rafizi Ramli itu meleset.

"Saya nasihatkan beliau (Rafizi) kaji sama ada PKR mampu untuk pertahan Selangor atau tidak, sebab kita tengok kajian dibuat mereka sebelum ini banyak yang meleset, " katanya.

Mohd Rafizi bakal hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika gagal dalam rayuannya kes OSA dan BAFIA kerana berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Rafizi mula dilihat kehilangan sokongan malah baru-baru ini dalam Sidang Dewan Parlimen beliau orang berminat dengan pendedahan beliau lakukan.

2 Comments