Hajiji terima kunjungan hormat Presiden SLS Roger Chin
18:09 Sep 29, 2023  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat Presiden SLS Roger Chin

Presiden SLS Roger Chin berkata, kunjungan hormat diadakan juga bagi mencadangkan usahasama dengan kerajaan negeri bagi pembaharuan undang-undang dalam negeri ini.

KOTA KINABALU: Sabah Law Society (SLS) mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi memaklumkan perkembangan terkini aktiviti SLS.

Presiden SLS Roger Chin berkata, kunjungan hormat diadakan juga bagi mencadangkan usahasama dengan kerajaan negeri bagi pembaharuan undang-undang dalam negeri ini.

Selain itu katanya, SLS juga melaksanakan pelbagai program seperti perkhidmatan bantuan guaman SLS yang mana ahlinya akan memberikan perkhidmatan secara sukarela kepada komuniti di Sabah.

Beliau juga menyokong penuh kewujudan Pusat Timbang Tara dan Pengantaraan Antarabangsa Borneo (BICAM) di sini dan merancang untuk mengadakan Persidangan Undang-undang Komanwel.

Roger juga menjelaskan SLS sentiasa membantu pasukan perundangan negara dalam usaha membatalkan anugerah timbang tara yang diberikan kepada waris Kesultanan Sulu. 

Katanya, SLS mempunyai rancangan untuk melawat beberapa negara bagi menawarkan perkhidmatan guaman, pada masa sama menyokong kerajaan negeri menarik pelaburan asing ke Sabah.

Comment