Shell tarik semula keputusan tutup stesen petrol di Sabah
15:10 Oct 03, 2023  |  By SabahKini2
Shell tarik semula keputusan tutup stesen petrol di Sabah

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menerima baik maklum balas positif daripada Shell mengenai penarikan semula keputusan untuk menutup stesen petrol di Sabah.

KOTA KINABALU: Shell menarik balik keputusan untuk menutup semua stesen petrol syarikat berkenaan di Sabah selepas mengadakan beberapa perbincangan dengan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menerima baik maklum balas positif daripada Shell mengenai perkara ini.

"Ini adalah berita baik dan kerajaan negeri sangat mengalu-alukan keputusan ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman Shell Timur Sdn Bhd untuk menarik balik keputusan untuk menutup 34 stesen petrol di Sabah berkuatkuasa Januari tahun depan adalah sesuatu yang positif.

Selepas pengumuman Shell pada Jun lepas, Hajiji telah berjumpa dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman bagi membincangkan isu berkenaan.

"Kami membawa isu ini kepada pengetahuan kerajaan Persekutuan, dan kami menghargai kerajaan Persekutuan yang prihatin dengan isu ini," katanya.

Comment