Hajiji terima taklimat mengenai ESSZone dan situasi keselamatan semasa maritim
14:10 Oct 04, 2023  |  By SabahKini2
Hajiji terima taklimat mengenai ESSZone dan situasi keselamatan semasa maritim

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terima kunjungan hormat Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) DCP Victor Sanjos, di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat mengenai situasi keselamatan terkini di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) oleh Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) DCP Victor Sanjos.

Ia merupakan kunjungan hormat pertama Victor kepada Ketua Menteri di Menara Kinabalu pada Selasa sejak dilantik sebagai komander ESSCOM pada Jun tahun ini.

Dalam kunjungan itu, Ketua Menteri juga dimaklumkan mengenai pelbagai program kemasyarakatan yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti ESSZone.

Turut sama rombongan ESSCOM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dr Jamaluddin Mohd Ali.

Sementara itu, Hajiji turut menerima maklumat terkini mengenai keadaan maritim negeri semasa pertemuan dengan Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Delegasi Maritim Sabah termasuk Timbalan Pengarah (Operasi) Kapten Maritim Mahmad Faizal Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Siti Norhaini Osli.

Comment