Wanita hidup dengan jarum dalam otak selama 80 tahun
15:10 Oct 06, 2023  |  By SabahKini2
Wanita hidup dengan jarum dalam otak selama 80 tahun

Jabatan Kesihatan Sakhalin berkata, doktor menemui objek asing itu semasa imbasan tomografi berkomputer (CT) yang dijalankan ke atas warga emas itu.

Moscow: Seorang wanita berusia 80 tahun di Rusia, menjalani seluruh hidupnya dengan jarum di dalam otaknya, lapor CBS News.

Jabatan Kesihatan Sakhalin berkata, doktor menemui objek asing itu semasa imbasan tomografi berkomputer (CT) yang dijalankan ke atas warga emas itu.

Katanya, kesihatan warga emas itu tidak dalam keadaan bahaya kerana jarum itu tidak menyebabkan sebarang penyakit ketara sepanjang hidup wanita itu.

Wanita itu dilahirkan pada 1943, semasa Perang Dunia Kedua dan pada masa itu, penduduk tempatan bergelut dengan isu kekurangan makanan.

Jabatan kesihatan menyatakan, ibu bapa mungkin cuba membunuh kepada wanita itu, mungkin mahu membunuh anak mereka yang baru lahir.

Mereka mungkin berbuat demikian kerana tidak dapat memberi bayi itu makan.

"Kes seumpama ini (berlaku) semasa kebuluran (yang berlarutan selama) bertahun-tahun, bukan perkara luar biasa.

"Jarum nipis dimasukkan pada ubun-ubun bayi untuk merosakkan otaknya untuk membunuh bayi berkenaan.

"Ubun-ubun ditutup dengan cepat sehingga dapat menyembunyikan kesan jenayah itu," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Doktor wanita itu berkata, pihaknya memutuskan tidak mengeluarkan jarum itu melalui pembedahan berikutan ia lebih berbahaya.

"Jarum itu menembusi lobus parietal kirinya, tetapi ia tidak mempunyai kesan diharapkan dan wanita itu selamat.

"Kami akan tetap memantau keadaannya," kata kenyataan itu.

Comment