Dalang fitnah KM Sabah terdedah: Surat JTU bukti hanya Projek Kambing bukan projek lombong pasir!
12:10 Oct 09, 2023  |  By SabahKini2
Dalang fitnah KM Sabah terdedah: Surat JTU bukti hanya Projek Kambing bukan projek lombong pasir!

Satu lagi fitnah terhadap Datuk Seri Haji Hajiji Ketua Menteri Sabah. Surat terdedah buktikan kelulusan atas pertanian dan penternakan bukan lombong pasir. Dan dalang identiti sebar fitnah terdedah guna ID….

Sejak semalam tular mengenai laporan Facebok baharu Edisi Panas Sabah yang menuduh kononnya berlaku salah gunakuasa Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah meluluskan meluluskan 6 permohonan tanah yang melibatkan keseluruhan 968.4 hektar (2,393 ekar) untuk tujuan projek pertanian dan penternakan di Balambangan  Kudat. Projek itu kononnya projek lombong pasir.

Berdasarkan cara tulisan dan maklumat dokumen yang kumpulan ini gunakan nampaknya penulis artikel ini merupakan pegawai penguatkuasa atau agensi yang mempunyai akses dokumen dibantu pihak yang tidak mendapat projek berkenaan. Cara 'marking' dokumen kita boleh agak dia siapa. 

Tuduhan mereka adalah perlombongan Projek Pasir. Benarkah projek pasir?

ELEMEN PERTAMA : SASARAN UTAMANYA IALAH DATO’ SRI THOMAS HAH TIING SIU.

Siapa Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu ini? Dato’ Sri Thomas bukanlah orang baharu di Sabah.  Seperti juga ahli perniagaan lain berasal dari Sarawak, Dato’ Sri Thomas memilih Sabah negeri keduanya. Benarkah beliau kroni Hajiji?

Jawapannya tidak kerana Hajiji Ketua Menteri diketahui semua sebagai seorang yang mesra rakyat.  Beliau berurusan dengan semua pihak termasuk ahli perniagaan dan pelabur yang mahu melabur di Sabah.

Dato’ Sri Thomas merupakan pengasas JoinLand Group, sebuah syarikat perdagangan, perladangan, pajakan, hartanah dan cold storage yang berniaga dalam dan luar negara.  Dikatakan rapat dengan pihak istana Pahang lantaran itu beliau dianugerahkan gelaran  “Dato' Sri” oleh Sultan Pahang. Maka tidak hairanlah beliau boleh akses kerajaan atau pemimpin parti.

Beliau adalah ahli perniagaan maka siapa Kerajaan pun kebiasaannya ahli perniagaan ini akan hidup. Misalnya Chan Kek Sang atau ‘Chong Babi’ pembuat jalan Pan Borneo Sipitang-Beaufort dikenali orang kuat ‘Musa Aman’, Lawrence Chu Jan Tow - Globinaco Sdn Bhd/Lintasan Resources Sdn Bhd dan Tan Sri Joseph Lo Syarikat Pembinaan Azam Jaya yang tetap mendapat layanan istimewa Shafie Apdal ketika sebagai Ketua Menteri.

 

3 Taikun di Sabah. Siapa kerajaan Negeri tetap berkuasa
dapat projek- Kerajaan BN, Warisan PH, BN -GRS dan kini GRS

 

Maka apa nak hairan dengan Dato’ Sri Thomas? Beliau juga rapat dengan Shafie Apdal.  Gambar-gambar pertemuan adalah perkara biasa tidak membuktikan pun elemen salah gunakuasa. Lumrah ahli perniagaan. Mereka tiada kesetiaan dalam parti politik.

 

ELEMEN KEDUA: PENDEDAHAN SSM DAN PEMILIK SYARIKAT 

Empat syarikat iaitu ;

  1. Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd (1447216-X)
  1. Dayang Aurora Sdn. Bhd (1351109-A)
  1. Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd (1351140-U)
  1. Innovate Platinum Sdn. Bhd (1351115-H)

 

Satu dari syarikat. Dayang Aurora Sdn Bhd... 

Ya Empat Syarikat itu terbukti lembaga pengarah atau pemegang sahamnya ialah Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu. Tidak kisah tahun berapa ditubuhkan dan berapa modal berbayar syarikat ini setakat ini tidak ada nama-nama pengarah syarikat dikaitkan dengan Hajiji Mohd Noor. 

Memandangkan Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu dan pengalamannya dalam perdagangan, perladangan dan cold storage pelbagai jenis unggas, daging lembu dan kambing termasuk diimport maka bukanlah sesuatu yang baru jika syarikat itu mahu terlibat dalam penternakan kambing


Kawasan Pulau Balambangan Kudat Sabah

 

ELEMEN KETIGA: SURAT JABATAN TANAH & UKUR SABAH DAN PEJABAT HASIL BUMI SABAH

Tuduhan Edisi Panas itu berkata tanah Yayasan Sabah yang dipohon syarikat dipenuhi pasir silika.  

Namun secara jelas syarikat seperti Dayang Aurora Sdn. Bhd yang memohon 2 tanah di atas pulau tersebut dengan keluasan 30 ekar (LA.20-22050499) dan 50 ekar (LA.20-22050500) hanyalah atas alasan TUJUAN PERTANIAN BERNILAI EKONOMI BUKANNYA MEMOHON UNTUK LOMBONG PASIR!

Surat Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU) ditandatangani Datuk Sr Bernard Liew Chau Min bertarikh 16 Mac 2023 kepada Dayang Aurora Sdn. Bhd SECARA PAJAKAN 99 TAHUN jelas menyebut maksudnya

Surat kelulusan (JTU) 30 ekar L.S.501.1.5271/11 (B1)

 

dan Surat Kelulusan (JTU) 50 ekar L.S.501.1.5272/11 (B2)

 

Terdapat banyak Terma dan syarat-syarat tanah yang jelas

  • Tanah tersebut diusahakan secara nyata dan hanya untuk tujuan penanaman Tanaman Pertanian Bernilai Ekonomi.
  • 75% daripada tanah tersebut di tanam sepenuhnya mengikut terma dan syarat- sebelum 1 Januari 2025 (Dua Puluh Dua Puluh Lima)
  • Tanah tersebut hendaklah diusahakan, dibangunkan dan diselenggara mengikut amalan penternakan/pertanian yang baik sepanjang tempoh hakmilik ini.
  • Hanya tumbuhan atau pokok yang diluluskan oleh Pengarah Pertanian sahaja boleh di tanam di atas tanah tersebut.
  • Pemilik hendaklah mematuhi semua arahan yang mungkin dari semasa ke semasa diberikan kepadanya oleh Pengarah Pertanian atau ejennya berkenaan dengan pencegahan hakisan tanah dan kawalan perosak dan penyakit.
  • Pemindahan atau penyewaan semula tanah tersebut adalah DILARANG sebelum pemenuhan perjanjian atau tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Tanah dan Ukur yang akan mengenakan premium tambahan dan sewa yang dipertingkatkan apabila memberikan kebenaran tersebut.
  • Pecah bahagian tanah tersebut adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Tanah dan Ukur yang akan mengenakan premium tambahan dan sewa yang dipertingkatkan dan apa-apa syarat lain kepadanya apabila memberikan kebenaran tersebut.

 

Terma dan syarat ketat

 

PROJEK PENTERNAKAN KAMBING/ GOAT FARMING

Begitu juga surat kelulusan JTU syarikat melaksana projek PENTERNAKAN KAMBING / GOAT FARMING

  • Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd. L.S.531.1.66/(19), (E1)
  • Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd. L.S.531.1.64/(19), (E3)
  • Innovate Platinum Sdn. Bhd. L.S.531.1.67/(18), (E4)

 

Satu daripada surat JTU untuk Projek Penternakan Kambing - Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd

 

Dengan syarat-syarat ketat termasuk larangan pemindahan hak
milik dan keperluan kebenaran pihak agensi negeri

 

Turut dikemukakan mengesahkan projek ini BUKAN PROJEK LOMBONG PASIR ialah surat perakuan daripada Setiausaha Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri Sabah ditandatangani oleh Sernam Singh kepada Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur untuk memberi kelulusan tanah tersebut

  1. Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/2/(14), (D1)
  1. Dayang Aurora Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/3/(15), (D2)
  1. Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/4/(14), (D3)
  1. Innovate Platinum Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/5/(14), (D4)

 

SURAT HASIL BUMI MENGESAHKAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING-
BUKAN PROJEK LOMBONG PASIR ATAU KELULUSAN SILIKA


Maka tuduhan pihak berkaitan kononnya berlaku penyelewengan untuk mengambil rizab pasir silika di atas pulau tersebut jelas tidak benar kerana tidak termaktub dalam syarat permohonan tanah itu.Cakap-cakap rizab pasir hanyalah ‘hear say’ dan tuduhan  tidak berasas oleh pihak yang gagal mahu melaksana projek di Balambangan Kudat itu. Projek pertanian dan penternakan juga belum berlaku dan perlu mematuhi terma yang ditetapkan kerajaan jadi bagaimana ia dituduh sebagai projek pasir?

Tidak timbul permohonan syarikat  bagi mengelak permohonan tanah di bentangkan ke Jemaah Kabinet Sabah kerana semua permohonan melalui prosedur dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan termasuk permohonan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah Kudat (LUC). Sama ada ada MP bersetuju atau tidak itu bukan isu kerana prosedur itu diikuti.

 

PROJEK PASIR PULAU BALAMBANGAN KUDAT- PROJEK YAYASAN SABAH

Ada pihak cuba mengaitkan Laporan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia berkenaan rizab pasir silika di Pulau Balambangan, Kudat pada tahun 2018.

Laporan JMG.SBH(MPI)4/2019 sebanyak 77 muka surat mengesahkan mengenai kawasan rizab pasir silika.

Namun harus diingat Penternakan kambing dan dan pertanian tiada kena mengena dengan perlombongan projek pasir.

Semua tahu projek lombong Pasir Pulau Balambangan diberikan hak kepada Yayasan Sabah tahun 2019 oleh Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan dan syarikat yang dilantik oleh Yayasan Sabah.

Shafie Apdal dan Yayasan Sabah pada tahun 2019 dilaporkan media menandatangani kontrak Yayasan Sabah- YSG Silica Sdn Bhd dengan KTS Group ( Aura Evenue Sdn Bhd).

Shafie sendiri yakin pelaksanaan projek itu dengan impak alam sekitar minima.

Bagaimanapun projek itu belum mendapat kelulusan EIA sejak 2019 hinggalah sekarang. Banyak syarikat yang membuat permohonan projek SILIKA  namun tidak mendapat kelulusan EIA Jabata Alam Sekitar.

Jadi bagaimana tuduhan mengatakan 4 syarikat diluluskan untuk penternakan kambing boleh menjadi pelombong rizab pasir silika?

Semua tuduhan dan laporan khas yang didedah jelas dikeluarkan oleh pihak yang gagal dan mengintai projek di Pulau Balambangan tu dan mengaitkan kononnya Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu mahu melombong pasir.

Apa logik jika Yayasan Sabah milik Kerajaan  negeri pun gagal melaksana lombong pasir kerana tiada kelulusan EIA dan kini 4 syarikat Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu yang hanya dilulus projek penternakan kambing boleh melombong pasir? 

Jika pun Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu berniat dan pernah memohon untuk projek Silika sudah pasti beliau juga seperti Yayasan Sabah akan berhadapan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang ketat. Syarikat dia lebih besar dari Yayasan Sabah?

Syarat-syarat pemilikan tanah sudah jelas, tidak boleh bertukar mililk dan tidak mudah untuk menukar syarat kegunaan tanah dengan menggunakan kaedah Jadual B untuk menggali dan menjual pasir silika yang berada di kawasan tersebut.

Mengaitkannya dengan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd sebuah syarikat China yang melabur RM2 bilion di Sabah juga tidak benar kerana syarikat itu sedang menjalankan perlombongan pasir silika di Sikuati, Kudat serta dalam proses pembangunan kilang pembuatan (Panel solar) yang besar di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).

Oleh itu dakwaan salah guna kuasa dan jenayah oleh Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor jelas tidak berasas kerana semua permohonan mengikut peraturan ditetapkan dan ditandatangani oleh pegawai agensi Kerajaan negeri. Mereka membuat penilaian dan ulasan berkaitan sesebuah projek Kerajaan

Jadi apa masalah Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu kalau dia buat projek kambing ni? buatlah ikut syarat tanah. Kalau tak jadi projek kambing kerajaan mintalah kembali tanah ni.

Tiada bukti Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu membayar rasuah kepada pemimpin dan pegawai Kerajaan negeri. Maka tiada sebab Hajiji Ketua Menteri disiasat bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Seksyen 23 ASPRM 2009).

Persoalan besar bagaimana dokumen-dokumen itu bocor? sudah tentulah ada dalang di belakang semua ini. Niat mereka satu merosakkan reputasi Ketua Menteri Sabah. Pihak pejabat Ketua Menteri boleh melaporkan kepada pihak polis dalang-dalang ini. Perkara pertama kesan pembeli ID dokumen SSM yang mungkin satu pasukan dalam pendedahan ini. Mesti pihak berkenaan diupah dan bayar. Mesti ramai nak kenal siapa DIANATUL!.

7 Comments