Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada
16:10 Oct 11, 2023  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada

Hajiji mengalu-alukan pelabur dari Kanada untuk meneroka peluang baharu dan kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Sabah dalam beberapa sektor ekonomi berkaitan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Wayne Robson di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini semalam.

Dalam kunjungan itu, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkaitan pelancongan, pendidikan, peluang pelaburan dan lawatan Kapal Tentera Laut Diraja Kanada (Royal Canadian Navy’s) HMCS Ottawa ke Kota Kinabalu.

Hajiji mengalu-alukan pelabur dari Kanada untuk meneroka peluang baharu dan kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Sabah dalam beberapa sektor ekonomi berkaitan.

Katanya, Sabah yang kaya dengan pelbagai sumber asli berharap lebih ramai pelabur asing akan melabur di negeri ini dalam pelbagai sektor industri.

Comment