Sabah meterai MoU dengan Huawei, bantu inisiatif pendigitalan
21:11 Nov 07, 2023  |  By SabahKini2
Sabah meterai MoU dengan Huawei, bantu inisiatif pendigitalan

Menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di ibu pejabat Huawei di sini hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkongsian itu merupakan satu lonjakan penting ke arah masa depan digital bagi Sabah.

SHENZHEN, China: Kerajaan negeri memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd untuk mempercepatkan inisiatif transformasi digital dalam Sabah.

Menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di ibu pejabat Huawei di sini hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkongsian itu merupakan satu lonjakan penting ke arah masa depan digital bagi Sabah.

“Perkongsian dengan Huawei Technologies ini akan memperkasakan negeri kita dan rakyatnya untuk meraih keuntungan faedah inovasi teknologi, memupuk pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan awam yang lebih baik.

“Saya gembira untuk ambil perhatian bahawa di bawah MoU itu, Huawei Technologies akan menyediakan perundingan dan khidmat nasihat dalam bidang pertanian, pembuatan pintar di bawah Industri 4.0, pelancongan, perancangan bandar pintar, e-dagang, infrastruktur digital, ketersambungan inklusif dan kerajaan digital.

“Ini akan sangat membantu dalam mencapai aspirasi kita untuk mendigitalkan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun berkata, ketika Sabah meneruskan visinya ke arah digital yang berkembang maju, Huawei bersedia untuk menyokongnya Huawei bersedia untuk menyokongnya dalam membina inovasi digital pintar dan mampan negeri.

” Selain itu, di bawah MoU itu, Huawei Technologies akan meneroka usaha kerjasama untuk memulakan pelaksanaan perkhidmatan digital yang AI-ready dan data-centric untuk kerajaan, perniagaan dan masyarakat.

Menandatangani MoU bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainuddin Aman, manakala Simon Sun, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, menandatangani untuk Huawei.

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri Datuk Phoong Jin Zhe, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Lembaga Pengarah Huawei dan Presiden Huawei Digital Power, Hou Jinlong dan Presiden Huawei Sektor Awam Global, Xia Zun.

Sebelum majlis menandatangani perjanjian itu, Hajiji turut dibawa melawat Huawei Technologies mengenai operasi bandar pintar, pendidikan pintar di Dewan Pameran Huawei Enterprise Business Von Neuman.

Comment