Serangan Dato' Seri Shafie terhadap saya dan PCS- Bumburing
09:03 Mar 12, 2018  |  By SabahKini2
Serangan Dato' Seri Shafie terhadap saya dan PCS- Bumburing

Shafie juga mengatakan saya tidak pernah menyerang BN. Ini adalah satu pembohongan yang besar. Saya menyerang UMNO sejak semasa saya ahli parliamen, semasa PRU13 sehingga hari ini. Dia ini baru saja dalam pembangkang.

Dalam ceramah Datuk Shafie di KG ketiau Penampang pada 10hb March 2018 beliau telah menyerang saya dan PCS dengan menuduh PCS ada hubungan dengan BN dan saya ada berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN dan Najib dan juga saya tidak pernah menyerang BN. Ucapan ini telah disebar (viral) melalui facebook.

Apabila saya dimaklumkan saya cuba melayari siaran facebook tersebut tetapi sudah di buang (deleted). Kalau Datuk Shafie terus berpegang kepada tuduhan tersebut kenapa siaran facebook tersebut dibuang (delete). Oleh kerana tuduhan ini sangat serius maka saya terpaksa membuat kenyataan:

1. Datuk Shafie mula menyerang PCS kerana dia gagal untuk memujuk PCS bersetuju cadangan beliau bahawa PCS bertanding dalam 6 DUN sahaja. Dalam perbualan talipon pada 6 hb Mac saya bagi tahu sama dia kita pembangkang harus menawarkan kepada rakyat Sabah satu formula yang lebih dari BN. Dalam kerajaan BN Sabah UMNO hanya memegang 31 kerusi daripada 60 kerusi tetapi Warisan mahu tanding 42 kerusi. Di Malaya pula di kalangan PH tiada satu parti yang bertanding lebih dari pada 32% dari jumlah kerusi. Shafie selalu berkata Warisan mahu kerusi-kerusi KDM kerana dia ada pemimpin KDM. Saya kata PCS adalah parti KDM. Juga PKR dan DAP, parti2 dari Malaya bertanding lebih daripada PCS.

2. Shafie mengatakan bahawa saya berjumpa dengan Najib. Saya cabar beliau untuk membuktikan di mana saya jumpa Najib dan orang-orang UMNO. Saya juga mahu tanya kenapa salepas beliau bebas dari tahanan siasatan oleh MACC beliau hanya menjalajah di Pantai Barat terutama sekali di kawasan-kawasan KDM dan bukan di Pantai Timor. Adakah permaufakatan semasa tahan?

3. Shafie juga mengatakan saya tidak pernah menyerang BN. Ini adalah satu pembohongan yang besar. Saya menyerang UMNO sejak semasa saya ahli parliamen, semasa PRU13 sehingga hari ini. Dia ini baru saja dalam pembangkang.



4. Matalamat utama kita adalah menukar kerajaan BN yang telah merosakkan negara dan memalukan Malaysia di persada anatara bangsa kerana perbuatan Najib yang mencuri duit rakyat. Walaubagaimana pun maruah KDM dan Anak Negeri Sabah harus dipeliahara dan dipertahankan. Kalau kita silap KDM ini akan hilang dimuka bumi Sabah ini. Saya tidak mahu tercatat dalam sejarah Sabah sebagai yang bertanggung jawap menyerahkan kawasan KDM ini kepada orang lain.

Kalau kita bertanding dalam 6 kawasan sahaja kita tidak ada maruah sebagai parti. Kita bukan bertanding di kawasan UMNO. Kiat hanya bertanding dalam kawasan KDM. Kalau Warisan bertanding 70% daripada kerusi saya menpunyai prasangka matlamat mereka sabenarnya kerana tidak menunjukkan semangat setia kawan.

WILFRED BUMBURING
PRESIDEN PARTI CINTA SABAH (PCS)

17 Comments