Kerap sebar cerita palsu, disaman, bekas banduan Papagomo digelar ‘pemfitnah bersiri’
06:11 Nov 22, 2023  |  By SabahKini2
Kerap sebar cerita palsu, disaman, bekas banduan Papagomo digelar ‘pemfitnah bersiri’

Blogger, Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris wajar digelar ‘pemfitnah bersiri’ nampaknya disama lagi oleh Fahmi Fadhil Menteri KKD.Dulu fitnah anwar kena saman RM1 juta. Nampak beliau tak pernah serik. Ada pemimpin di belakang jadi pembayar samannya

Blogger, Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris wajar digelar ‘pemfitnah bersiri’ atas sikapnya yang cenderung memfitnah dan menyebarkan berita palsu kepada masyarakat, sehingga berdepan pelbagai saman serta tindakan perundangan.

Malah, bekas anggota polis berpangkat konstabel itu dikatakan gemar mencari ‘gaduh’ terutama dengan seteru politik dan orang awam.

Walaupun ada pihak ‘mempertikaikan’ benarkah dia pernah menyertai pasukan keselamatan itu ekoran suka mengganggu-gugat keamanan serta keharmonian kaum dan agama menerusi tingkah laku dan kata-kata ‘ganasnya’, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Papagomo bertugas di Balai Polis Ampang Jaya di antara 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004.

Namanya semakin diperkatakan apabila pada 31 Oktober 2005, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya atas kesalahan jenayah dan kemudiannya, didapati bersalah pada 6 September serta dijatuhkan hukuman.

Bagaimanapun, itu tidak ‘menginsafkan’ bekas banduan ini apabila ketika menjadi Exco Pemuda Umno, dia digantung keahlian daripada parti berkenaan selama enam tahun bermula 2021, selepas didapati melanggar Perlembagaan parti.

Kalah kes saman dengan Anwar Ibrahim

Pada 2013 pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang ketika itu, memfailkan saman fitnah ke atas Papagomo dan menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Setahun kemudian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Papagomo bersalah memfitnah Anwar dan mengarahkannya membayar ganti rugi sebanyak RM800,000. Ini hampir membankrupkan beliau.Tapi pemimpin di belakang tabir yang biasa mengupahnya membantu membayarkan saman itu. Kutipan derma hanyalah wayang semata.

Bukan setakat itu, pada 2016, dia didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju.

Dalam kejadian pada Januari tahun sama itu, Papagomo didakwa bersikap ‘samseng’ apabila menampar, menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit mangsa dengan rakaman videonya menjadi viral di laman sosial. 

 

Nafi nama Papagomo

Jun 2021 dalam kes saman Lim Guan Eng terhadap Papagomo kerana memfitnah anaknya membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah penulis blog dikenali sebagai Papagomo.

Dia membuat penafian itu menerusi penyata pembelaan terhadap saman fitnah difailkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan anak lelakinya, Clint Lim Way Chau. Beliau mengelak dari memberi jawapan yang terus terang bila disoal peguam Lim anak beranak.

Julai 2023 pula, Papagomo disiasat Bukit Aman berhubung tuduhannya mengenai Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).

Dua bulan selepas itu, dia didenda RM2,100 oleh Mahkamah Majistret Kajang, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan serta menyebut perkataan ‘bodoh’ kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bulan lalu pun, Papagomo diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Oktober, supaya memadamkan klip video di Facebook miliknya yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam tempoh 24 jam.

Nampaknya saman demi saman dan semua kesalahan pernah dilakukannya tidak menghentikan ‘sikap buruk’ Papagomo, apabila Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut menjadi antara ‘mangsa’ dalam fitnah dilemparkannya.

Fahmi Menteri KKD juga sudah menghantar notis tuntutan saman terhadap blogger itu, berhubung fitnah kononnya pemimpin terbabit memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, bagaimanapun mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Julai lalu.

Dengan rekod dan senarai panjang fitnah ditaburnya, selain berulang kali berdepan pendakwaan serta disaman, tidak hairan penulis blog itu turut ‘mencari pasal’ dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan.

Lebih melampau, di sebalik acapkali dihentam dan berdepan saman fitnah, Papagomo masih bersikap ‘tidak sedar diri’ apabila turut aktif ‘menyerang’ Kerajaan Perpaduan menerusi siaran langsung TikTok dengan menggunakan perkataan dan istilah yang lucah dan tidak bertamaddun.

Kekalahan demi kekalahan di mahkamah patut menyedarkan mereka yang cenderung mempercayai fitnahnya yang cakap Papagomo memang tidak boleh pakai.

 

- 20 November, 2023

 

 

 

1 Comment