Israel bohong, tiada tempat selamat di Gaza – Hamas
15:12 Dec 04, 2023  |  By SabahKini2
Israel bohong, tiada tempat selamat di Gaza – Hamas

Untuk rakyat melarikan ke sana adalah rancangan dan perangkap untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

GAZA: Tiada lagi kawasan selamat di Semenanjung Gaza.

Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan berkata, Israel telah berbohong mengenai wujudnya kawasan selamat di wilayah itu.

Ia didakwa sebagai sebahagian daripada rancangan Zionis memerangkap rakyat Palestin dengan niat membunuh mereka.

"Mengenai pencerobohan oleh Israel di Semenanjung Gaza, telah menjadi jelas bahawa dakwaan pendudukan sejak permulaan perang agresifnya tentang kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung (Gaza).

Untuk rakyat melarikan ke sana adalah rancangan dan perangkap untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

"Tidak ada kawasan selamat, mahupun di utara Semenanjung Gaza, mahupun di selatan, mahupun di mana-mana kawasan lain," katanya.

Dalam pada itu, Hamdan juga menyeru Belgium dan Sepanyol untuk berani mengetuai gerakan Eropah dan antarabangsa bagi melawat Gaza dan menyaksikan penderitaan rakyatnya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo berkata beliau telah bercakap dengan Presiden Israel mengenai Gaza dan menggesa supaya tiada lagi penduduk awam menjadi mangsa pertempuran.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez pula beberapa kali mencetuskan kemarahan Israel.

Ini termasuk kecaman Israel tidak boleh dipercayai kerana secara jelas mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Comment