AirAsia digesa wujudkan penerbangan antarabangsa ke Sabah – Hajiji
14:12 Dec 05, 2023  |  By SabahKini2
AirAsia digesa wujudkan penerbangan antarabangsa ke Sabah – Hajiji

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, AirAsia harus mengambil peluang lokasi Sabah yang strategik untuk mewujudkan lebih banyak penerbangan antarabangsa ke negeri ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa AirAsia untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian penerbangan antarabangsa untuk sampai ke Sabah.

Beliau berkata, AirAsia harus mengambil peluang lokasi Sabah yang strategik untuk mewujudkan lebih banyak penerbangan antarabangsa ke negeri ini.

"Kerajaan negeri mengiktiraf AirAsia sebagai penyedia utama perkhidmatan udara kepada masyarakat Sabah dan mahu melihat syarikat itu melakukan lebih banyak penerbangan ke negeri ini," katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun di sini, semalam.

Dalam pertemuan itu, AirAsia turut memaklumkan mengenai operasi terkini dan rancangan masa depan syarikat berkenaan.

Mereka juga memaklumkan sebuah pesawat telah direka khas sebagai penghormatan kepada mendiang Datuk Irene Benggon Charuruks iaitu Mantan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) atas sumbangannya membangunkan sektor pelancongan di Sabah. 

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai.

Comment