Sistem Pengangkutan Bandar Kuching: CEO SMSB ‘markup’ RM359 juta, lantik Ibraco Bhd RM569 juta tolak CCCC harga RM210 juta
19:12 Dec 13, 2023  |  By SabahKini2
Sistem Pengangkutan Bandar Kuching: CEO SMSB ‘markup’ RM359 juta, lantik Ibraco Bhd RM569 juta tolak CCCC harga RM210 juta

CEO SMSB dan Chew Chiaw Han kawan baik. Ibraco tiada pengalaman projek rel harga RM569 dipilih tapi Syarikat CCCC berpengalaman harga RM210 ditolak. CEO untung 'Markup' RM359 juta. Ini salahguna kuasa dan rasuah!

Taikun Sarawak terkenal Datuk Chew Chiaw Han Pengarah Urusan Ibraco Berhad yang sering ditangkap SPRM dengan rasuah projek ratusan juta nampaknya sekali lagi awal november lalu Ibraco meraih kontrak bernilai RM568.6 juta daripada Sarawak Metro Sdn Bhd (SMSB) bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Tahun 2020 Datuk Chew Chiaw Han direman SPRM berhubung tuntutan palsu RM6 juta Projek Jiwa Murni RM800 juta Kementerian Pertahanan Malaysia.


Gambar: Media Sosial

Taikun Datuk Chew Chiaw Han dikatakan mempunyai ‘kabel’ besar dalam kerajaan negeri dan Persekutuan dengan membayar rasuah untuk memenangi tender.

Baru-baru ini Ibraco juga memperolehi projek jalan lebih RM500 juta yang mengundang marah para kontraktor di Sarawak bagaimana syarikat yang terlibat rasuah diberi projek kerajaan.

Pengumuman awal november lalu Ibraco Berhad menerusi anak syarikatnya Ibraco Construction Sdn. Bhd dengan kerjasama China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd dan Nanyang Tunnel Engineering Sdn Bhd projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching turut mengejutkan pelbagai pihak. Ibraco Construction Sdn. Bhd dilaporkan akan terlibat dengan pembinaan Blue Line-Pakej 1 Dari Rembus ke Stutong untuk KUTS.

"Projek berkenaan dijangka siap pada 31 Disember 2023 bagi peringkat 1 dan 30 Jun bagi peringkat 1A," menurut kenyataan itu.

16 Disember tahun 2022, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg melancarkan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) fasa pertama sistem pengangkutan awam di Sarawak.

Sarawak Metro (SMSB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak, merupakan pelaksana KUTS yang bertujuan mengubah Kuching menjadi sebuah bandar yang dinamik dengan penyediaan perkhidmatan mobiliti mesra pengguna melalui kawasan Greater Kuching dengan pengenalan Transit Pantas Autonomi (ART) nampaknya membuat keputusan pelik memilih Ibraco Berhad milik Datuk Chew Chiaw Han. Ada sesuatu tidak kena.

 

Sarawak Metro pilih tender lebih mahal

Menurut sumber tender ini ada prequlified dan Syarikat China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd (CCC) memberi harga lebih murah dari Ibcaro dan konsortiumnya. Menjadi persoalan mengapa CEO Sarawak Metro, Encik TS Mazli Mustaffa memilih Ibraco Berhad yang lebih mahal?

CCCC sangat berpengalaman masuk dengan harga RM 210 juta manakala Ibraco Berhad dengan harga RM569 juta. Mengapa Sarawak Metro  beri surat setuju terima (SST) kepada Ibraco walaupun Sarawak Metro dan Kerajaan Sarawak terpaksa membayar lebihan RM359 juta?

SMSB mengiklankan tender itu pada 25 Julai 2023 untuk membina dan menyiapkan kerja infrastruktur bagi Pakej 1 (Laluan Biru) dari Rembus ke Stutong bagi Projek KUTS, dan ICSB-CRECM-NYTE telah menerima surat tawaran daripada CEO SMSB bagi projek itu.

 Apa sebenar helah T.S Mazli Mustaffa CEO Metro Sarawak?

 

Menurut sumber CEO Metro Sarawak T.S Mazli Mustaffa merupakan kawan baik Datuk Chew Chiaw Han MD Ibraco dan mereka menggunakan proksi yang sama iaitu seorang warganegara Singaporean yang akan didedahkan kemudian. Pihak editor telah menerima beberapa bukti money trail  Ts Mazli Mustaffa dan Datuk Chew Chiaw Han dengan Singaporean ini.

Semua transaksi dan money trail akan didedahkan dan diberi kepada SPRM.

Mengapa Kerajan Sarawak terpaksa bayar lebih RM359juta untuk beri projek kepada Ibraco sedangkn syarikat CCC layak dan harga lebih murah? Jawapannya pastilah rasuah. Memandangkan projek ini perlu pembiayaan luar maka sebarang bentuk tekanan SPRM terhadap projek ini pasti akan memberi kesan kepada pembiayaan Bank dan dana luar China. 

SPRM Sarawak digesa siasat projek 'markup' melampau ini. Atau Pengarah SPRM Sarawak pun dah kena suap  oleh Datuk Chew Chiaw Han Ibraco maklumlah dah banyak kali masuk dan dilepaskan. Tiada pendakwaan.

 

 

 

10 Comments