Maritim Malaysia Sabah, Labuan rekod 316 tangkapan dan rampasan bernilai RM7.58 juta
19:12 Dec 13, 2023  |  By SabahKini2
Maritim Malaysia Sabah, Labuan rekod  316 tangkapan dan rampasan bernilai RM7.58 juta

Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata pelbagai barang dengan nilai keseluruhan berjumlah RM7.58 juta dirampas.

KOTA KINABALU: Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah telah merekodkan 316 tangkapan pelbagai kesalahan di laut sepanjang Januari hingga awal Disember lepas.

Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata pelbagai barang dengan nilai keseluruhan berjumlah RM7.58 juta turut dirampas atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata dalam tempoh sama juga Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 48 kes di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan 13 kes di bawah Akta Kastam 1967.

“Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan terus tingkatkan kesiapsiagaan aset dan rondaan di perairan negeri Sabah bagi membanteras ketirisan jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Comment