Op Balasah berjaya menahan 6 PATI masuk secara haram
16:12 Dec 18, 2023  |  By SabahKini2
Op Balasah berjaya menahan 6 PATI masuk secara haram

Semua warga asing terbabit ditahan sepasukan Seksyen Ronda Komp C, 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menerusi Op Balasah berhampiran Pos Imbangan Luis, kira-kira jam 11 pagi.

KALABAKAN: Enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan selepas masuk ke negara ini secara haram melalui sempadan Serudong Kalabakan-Kalimantan Utara, Indonesia, di sini Sabtu lepas.

Semua warga asing terbabit ditahan sepasukan Seksyen Ronda Komp C, 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menerusi Op Balasah berhampiran Pos Imbangan Luis, kira-kira jam 11 pagi.

Menurut kenyataan Markas 5 Briged berkata, pihaknya mengesan beberapa individu terdiri empat lelaki dan dua wanita dalam keadaan mencurigakan di kawasan sempadan berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota RAMD yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan bertindak menjalankan pemeriksaan ke atas semua individu terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua individu terbabit adalah PATI dari negara jiran dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Semua PATI terbabit mengaku masuk ke negara ini menggunakan jalan tikus kerana ingin mencari pekerjaan di Sabah,” katanya.

Katanya, pasukan seksyen ronda kemudian bertindak mengiringi semua PTI terbabit sehingga ke sempadan untuk diusir pulang ke negara asal.

Markas 5 Briged akan terus komited memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang usaha pencerobohan anasir luar.

Comment