Polis berjaya berkas semula tahanan lolos
17:12 Dec 18, 2023  |  By SabahKini2
Polis berjaya berkas semula tahanan lolos

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, tahanan tersebut telah berjaya diberkas semula pada jam 11.50 pagi tadi.

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas semula seorang tahanan yang meloloskan diri dari tahanan polis di Lokap Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pagi tadi.

Semalam, dalam kejadian pada jam sekitar 12.30 tengah hari, tahanan dikenali sebagai Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri dengan memanjat pintu jeriji lokap menerusi tingkap di ruang senaman ketika diiringi oleh seorang anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, tahanan tersebut telah berjaya diberkas semula pada jam 11.50 pagi tadi.

“Suspek telah berjaya di tangkap ketika sedang bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan simpan (paya bakau) berhampiran Mimpian Jadi Resort, Tuaran.

“PDRM Sabah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan oleh orang awam sehingga suspek berjaya diberkas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Comment